Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

8,112 Kes Baru, 12...

Kementerian Kesihatan berkata 8,112 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Betul Ke Dalam Gambar...

GAMBAR pemandangan yang telah ditangkap dari seluruh negara ini sangat menakjubkan.Namun apa yang...

Gambar Ibu Dakap Jasad...

ALOR SETAR - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menafikan gambar-gambar kemalangan...

Pengetua Bebas Tuduhan Amang...

BUTTERWORTH : Seorang pengetua sebuah sekolah menengah di sini dilepas dan dibebas oleh...

Dakwa Ada Orang Padam Mesej Diberikan Kepada Bekas Suami

MEMANG panas kisah yang tak pernah selesai di antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan.

Terbaharu, Rita mempertikaikan tuduhan Aidil yang mengatakan aktres itu tidak pernah membalas mesej yang dikirimkan olehnya sebelum ini.

Namun, Rita pantas membidas tuduhan itu dengan mendedahkan dia ada membalas mesej-mesej tersebut dan timbulnya isu ini mungkin kerana seseorang telah memadam jawapan balasnya kepada Aidil.

Memetik Berita Harian, Rita menyatakan, “bayangkan kalau saya dapat mesej dari telefon bimbit suami berbunyi amaran ‘jangan gatal’, apa yang boleh saya katakan. Saya rasa dia macam tidak terima mesej yang dihantar kerana bila saya membalas mesej dia pula akan senyap.

“Keesokannya dia akan mesej bertanyakan soalan yang sama seolah-olah saya tak menjawab soalannya sebelum itu. Saya kurang pasti jika ada orang yang memadamkan mesejnya termasuk menulis SMS berbunyi ‘jangan gatal’ itu.

“Saya pun jadi takut nak balas mesejnya kerana bimbang pula dituduh nak mengacau rumah tangga orang. Bukti jelas di sini, selalunya dia akan balas membahasakan diri awak kepada saya. Tetapi mesej ‘jangan gatal’ itu membahaskan diri dengan I,” katanya.


Siapa pula lah yang gatal-gatal nak tolong balas bagi pihak Aidil tu ya?

Tapi macam boleh agak je siapa tu..

Apa-apa pun diharapkan kedua-dua Aidil dan Rita tidak saling berbalas kenyataan kepada pihak media, lebih baik masalah mereka diselesaikan dalam mahkamah sahaja sebab kesianlah dengan anak-anak mereka, mak bapa bergaduh, anak-anak yang jadi mangsa.

Semoga kes mereka tidak lagi dipanjangkan selepas isu terbaharu yang timbul ini. – MYNEWSHUB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori