Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Muktamad Pendekatan Pelan...

PUTRAJAYA - Kerajaan telah memuktamadkan pendekatan untuk melaksanakan Pelan Fiber Seluruh Negara (NFP)...

KBS Kenal Pasti Penaja...

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata...

Barbie Perkenal Patung Realistik...

BERMULA bulan Mac ini, pengeluar patung paling terkenal di dunia, Mattel akan memperkenalkan...

Teruja Punya Pasal, 7...

DEK kerana tidak dapat menyembunyikan perasaan teruja bakal bergelar bapa tidak lama lagi,...

Rahsia Langsing Che Ta, Tempah Baju Saiz Kecil

WALAUPUN usianya sudah mencecah 43 tahun, aktres Rozita Che Wan masih lagi kelihatan cantik menawan dan memiliki tubuh langsing persis anak dara.

Hal ini membuatkan ramai wanita yang menjadikan ibu kepada tiga anak ini sebagai idola dan sumber inspirasi dalam menjaga penampilan.

700 capture-20150730-161329

Berkongsi cerita mengenai rahsia kecantikan dirinya, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta memberitahu, dia kebiasaannya akan menempah pakaian dengan ukuran kecil.

Menurut isteri kepada Zain Saidin ini, ukuran baju yang diberi kepada pereka fesyen itu akan menjadi motivasi untuk dirinya mengurangkan berat badan seperti diidamkan.

“Saya biasanya akan pastikan ukuran pakaian yang ditempah itu muat-muat dengan tubuh. Ini kerana saya suka menggayakan busana yang selesa dipakai.

“Hingga kini saya masih boleh menggayakan pakaian yang ditempah 10 tahun lalu. Ia satu perkara yang dibanggakan.

“Saya sendiri terkejut kerana masih boleh mengenakan pakaian yang sudah bertahun-tahun lamanya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Che Ta mendedahkan berat badannya ketika mengandung Aaisyah Dhia Rana pernah mencecah 90 kilogram.


bb1

“Saya sangat menjaga pemakanan sepanjang dalam pantang selepas melahirkan Aaisyah Dhia Rana.

“Saya berbengkung dan bertungku setiap hari. Kaedah itu sangat membantu untuk mengempiskan perut bagi mendapatkan semula bentuk badan asal.

“Proses bertungku dapat mengecutkan rahim yang bengkak selepas bersalin. Ia juga bertujuan mengeluarkan darah beku yang tertinggal di dalam perut. Saya juga elakkan ambil makanan sejuk.

“Ketika dalam pantang dulu, saya tidak minum air dengan kuantiti banyak tetapi saya pastikan minum lebih kerap,” katanya.

Untuk makluman anda, berat badan Che Ta kini ialah 50 kilogram sahaja!

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori