Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

Kapal Tangki Dirampas Lanun...

KUALA LUMPUR - Sebuah kapal tangki milik syarikat antarabangsa yang membawa 900,000 liter...

RCI: Sabah Tumpuan Operasi...

KOTA KINABALU - Jabatan Imigresen akan melancarkan operasi secara agresif di Sabah dalam...

Rakaman Kereta Peronda Diserang...

KUALA LUMPUR - Rakaman video sebuah kereta peronda polis diserang sekumpulan individu kononnya...

Pemilihan PKR: Polis Melaka...

MELAKA - Polis Melaka menerima 10 laporan berkaitan Pemilihan PKR 2018 negeri yang...

Proton Naik Harga Semua Model Mulai 15 Februari

KUALA LUMPUR – Pengeluar automotif tempatan, Proton Holdings Berhad (Proton) akan melaksanakan langkah yang melibatkan kenaikan harga semua model kereta keluaran Proton, berkuat kuasa mulai 15 Februari 2016.

Langkah ini akan menyaksikan kenaikan masing-masing sebanyak RM312 kepada maksimum RM2,021 yang bergantung kepada varian model tertentu, menurut Proton dalam satu kenyataan media pada 1 Februari 2016.

Kenaikan tersebut sejajar dengan kesan kejatuhan nilai mata wang ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat berikutan kebanyakan bahan mentah untuk pembuatan kereta berkenaan adalah dibeli dalam mata wang asing.

proton1

Penyusutan kadar tukaran ringgit sepanjang tahun lalu turut banyak memberi kesan besar kepada kos operasi syarikat tersebut sekali gus impak keseluruhan rantaian eko-sistem, kata kenyataan Proton itu lagi.

Bagi mengurangkan impak yang memberi kesan kepada keuntungan Proton sejak Ogos 2015, syarikat berusaha keras dalam mengurangkan kos operasi dan melaksanakan rasionalisasi operasi, yang mana perlu.


Stesen penyiaran milik pemerintah Singapura, Channel NewsAsia berkata, senarai penuh semakan semula harga tersebut akan dinyatakan menerusi laman web Proton apabila harga baharu mula berkuat kuasa.

– Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Proton Jangka Naik Harga Selepas Tahun Baharu Cina

Juga: Proton Kekalkan Harga Kereta Biarpun Ringgit Susut

Lagi: Jangan Salahkan Proton Harga Kereta Naik – Rafizi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori