Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

BN Johor Siap Sedia...

KLUANG: Barisan Nasional (BN) sudah bersedia untuk berdepan sebarang kemungkinan keadaan cuaca pada...

Bersengkang Mata Hampir 24...

KUALA LUMPUR - Demi tugas dan keselamatan orang awam, anggota bomba yang terlibat...

Zulin Aziz Antara Muka...

AKTRES versatil, Zulin Aziz kini melebarkan sayapnya dengan menceburi bidang radio pula setelah...

DAP Tak Mampu Rekrut...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan, Tony Pua Kiam Wee hari ini...

Profesor ‘Gila’ Paksa Pelajar Makan Tahi Dipenjara 12 Tahun

SEORANG profesor sebuah universiti di Korea Selatan dihukum penjara 12 tahun setelah didapati bersalah mendera pelajarnya dari segi fizikal dan mental termasuk memaksa makan tahi serta minum air kencing.

Menurut laporan media tempatan, tertuduh yang berusia 52 tahun dan hanya dikenali sebagai Jang, melakukan penderaan itu bersama tiga lagi tertuduh selama dua tahun kepada seorang pelajar jurusan reka bentuk.

Perbuatan kejam oleh profesor berkenaan hanya terbongkar pada Julai lalu selepas pelajar yang berusia 29 tahun itu berjaya diselamatkan ketika cuba membunuh dirinya akibat mengalami trauma.

Penderitaan pelajar tersebut bermula apabila profesor berkenaan dikatakan mengambilnya bekerja dalam organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dikelolakannya sejak tahun 2013.

Tiga lagi tertuduh juga merupakan bekas pelajar yang diambil bekerja di organisasi tersebut.

Berdasarkan laporan polis, mangsa dikatakan sering dipukul dengan kayu besbol dan pelbagai alat lain.

Selain itu, kepala mangsa pernah dibungkus dengan beg plastik dan matanya disembur dengan penyembur pemedih mata ke dalam bungkusan itu.


Paling kejam, mangsa dipaksa memakan najis termasuk meminum air kencing mereka yang dibotolkan.

Akibat perbuatan itu, mangsa mengalami kecederaan yang teruk dan terpaksa menjalani pembedahan pada tahun lalu untuk merawat kecederaan pada paha kanannya.

Difahamkan, profesor tersebut telah dibuang daripada universiti berkenaan pada Julai lalu.

Manakala, tiga lagi tertuduh dihukum penjara enam tahun kerana bersubahat. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=YLOUqphRjUE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori