Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

DBKL Rampas 225 Unit...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah merampas 225 unit rumah...

KKLW Sedia Terima Perda...

TASEK GELUGOR - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sentiasa bersedia dan...

Pekerja KTM Kutuk Sikap...

"WEIII syaitonnn.......tak terbangnya 'burung punai' engko kalau setakat cuci pinggan, buang sampah dan...

AWAS, KEJARA Dilaksana Di...

BATU PAHAT - Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dan Sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan...

Proaktif Dan Capai Cita-Cita Anda – Mesej PM Kepada Gen Y

PUTRAJAYA – “Proaktif dan capai cita-cita anda”, itu nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada generasi Y negara ini.

Beliau berkata generasi Y perlu berusaha untuk menjadi manusia yang cemerlang dan berjaya selain meneruskan kesinambungan kejayaan negara.

“Kalau kita ada cita-cita untuk belajar bahasa Inggeris, buka bisnes atau belajar agama, jangan benarkan sebarang halangan dan  rintangan menghampakan kita.

“Kita mesti cuba penuhi cita-cita dan aspirasi kita,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Genexter 2014 yang dihadiri kira-kira 30,000 belia di Dataran Putrajaya di sini hari ini.

Karnival Genexter selama dua hari bermula semalam adalah anjuran Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan  Menteri (Bakti).

Turut hadir pada karnival itu ialah isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang merupakan Yang Dipertua Bakti dan isteri timbalan perdana menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selaku Naib Yang Dipertua Bakti.


Hadir sama ialah menteri-menteri kabinet bersama isteri masing-masing, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa dan pemimpin peringkat negeri.

Kesemua pemimpin yang hadir duduk bersama-sama para belia memandangkan tempat duduk bagi VIP tidak disediakan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir dilihat memilih duduk di bahagian tengah khemah perasmian dan jauh dari pentas utama.

Najib berkata sebagai pemimpin, beliau bertanggungjawab memastikan keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama.

“Sehubungan dengan ini, saya tidak mahu ada permasalahan antara kita. Dan kita tidak mahu generasi Y kita hari ini mempunyai salah  faham tentang agama hingga sanggup menjadi pengebom berani mati.

“Sebenarnya yang kita perlu adalah orang yang terus hidup untuk berjuang untuk menjadi umat yang cemerlang,” kata perdana menteri. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori