Lawak.. Polis Serbu Rumah Sebab Belon Menyerupai IS

PASTINYA Sarah Ericsson tidak akan dapat melupakan sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-21 sampai bila-bila.

Mana taknya, disebabkan belon hari jadi berbentuk 21, rumah teman lelakinya, Fabian Akesson diserbu pihak polis gara-gara jiran pasangan itu tersalah anggap bahawa mereka merupakan penyokong kepada kumpulan militan Islamic State (IS).

belon
Belon berbentuk 21 yang disalah anggap sebagai IS digantung di tingkap kediaman Fabian.

Belon sambutan hari jadi Sarah diletakkan di bahagian tingkap kediaman mereka sebelum orang ramai yang lalu-lalang di situ melihatnya sebagai ancaman daripada IS.

sarah
Sarah Ericsson dan Fabian Akesson.

Takut dengan ancaman itu, ada pihak melaporkannya sehingga memaksa pihak polis menyerbu rumah Fabian.

Menurut pegawai polis Kurt Erik Gunnarsson, sebelum ini dia tidak pernah berhadapan dengan kes sebegini yang dianggap baharu buat anggotanya yang berkawal di situ.

“Kes sebegini tak pernah berlaku. Sebaik sahaja dilaporkan polis terus ke kediaman tersebut namun siasatan mendapati tiada apa yang mencurigakan sebaliknya pasangan tersebut hanya meraikan sambutan ulang tahun ke-21, minggu lalu,” katanya.

Mereka bagaimanapun telah diarahkan untuk segera menurunkan belon tersebut agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan di kalangan penduduk sekitar.

“Saya sangat terkejut dengan perhatian yang diterima. Tidak mungkin saya akan lupakan sambutan hari jadi ke-21 saya ini!” kata Sarah apabila diminta mengulas tentang kisahnya yang kini tersebar ke seluruh dunia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: JULIANA JOHAR

https://www.youtube.com/watch?v=4sKD4iwIXwM

Loading...