Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Bojan Hodak, Nenad Bacina...

GEORGETOWN - Bekas ketua jurulatih Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT), Bojan Hodak...

AisKosong, Aplikasi Buat Pelajar...

SEBAGAI bekas pelajar, salah satu 'ilmu' yang wajib kami kuasai adalah penjimatan dalam...

Jeli Kembali Dilanda Banjir,...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan kembali meningkat kepada 1,201 orang...

Polis Sabah Terima Laporan...

KOTA KINABALU - Polis Sabah menerima laporan enam kes melibatkan kad pengenalan digunakan...

Polis Percaya Perbuatan Potong Bayi Akibat Terdesak

PIHAK polis percaya perbuatan kejam memotong dan mengerat bayi dilakukan suspek disebabkan perasaan terdesak yang dialaminya.

Kenyataan itu dibuat susulan penemuan mayat bayi dikerat 15 yang ditemui tanpa kepala dalam tangki kumbahan bangunan flat Kempas Permai, Johor Bahru semalam.

Kejam!! Mayat Bayi Dikerat 15 Bahagian

Polis juga percaya perbuatan ini mungkin dilakukan lebih dari seorang, dipercayai masih muda dan mungkin berada dalam lingkungan usia belasan tahun.

Sehingga kini pihak polis belum dapat memastikan jantina bayi yang dipotong itu dan percaya jenayah berkenaan dilakukan dalam tempoh 48 jam sebelum ditemui.

Menurut Rakyat Post, memetik kenyataan satu sumber, “suspek, kami percaya merupakan pasangan, mungkin memotong bayi itu bagi membolehkan mereka mengepam badan dalam tandas.”


“Sebab itu mungkin kepalanya tidak ditemui, ia mungkin ditanam di tempat lain kerana terlalu besar untuk dipam,” katanya.

Pihak berkuasa masih mengkaji beberapa petunjuk di mana seorang atau lebih dari seorang suspek dipercayai tinggal di flat kos rendah berkenaan.

Berdasarkan maklumat, polis menyiasat sebuah rumah di Taman Mawar di Pasir Gudang pada jam 9 malam di mana wanita berusia dalam lingkungan 20-an ditahan sementara.

Namun, siasatan mendapati kedua-dua wanita itu tidak terlibat atau mempunyai kaitan dengan kes tersebut. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori