Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Beruang Polar Buat Lompatan...

PULAU SPITSBERGEN - Beberapa keping gambar menunjukkan seekor beruang polar membuat lompatan akrobatik...

Negara Kematian Berlaku Berhak...

KUALA LUMPUR - Hak menjalankan siasatan termasuk proses bedah siasat adalah terletak di...

Suspek Siar Maklumat Palsu...

KOTA KINABALU - Polis menahan seorang lelaki disyaki pemilik akaun Facebook Radzlan Razz...

Pencapaian Dr. Nor Syahairah...

MELAKA - Pencapaian memberangsangkan pelajar perubatan dari Malaysia, Dr. Nor Syahairah Mohd Nor...

Polis Didakwa Pecahkan Bekal Makanan, ‘Pau’ Pengemis RM3!

SEORANG pemilik akaun Facebook mendapat perhatian ramai selepas berkongsi kisah sedih yang berlaku di Bukit Bintang pada 11 September lalu.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku selepas jam 9 malam itu, beberapa anggota polis didakwa telah bertindak melampau apabila ‘mengepau’ wang RM3 selain bertindak memecahkan bekal makanan milik seorang pengemis di sana.

“Tujuan saya amik gambaq ni adalah, nak tunjukan uncle ni adalah manusia jugak. Kepada abang-abang polis yang ‘PAU’ duit RM3 hasil dia mengemis dan pecahkan bekal makanan dia, tak kisah la, apa ‘background’ dia sebelum ni. Tuhan melihat segala-galanya dan abang-abang polis terlupa ramai pelancong yang tengok. Di tempat awam. Kejadian berlaku pada 11/09/2015 jam 9 mlm keatas, di Bukit Bintang. Harap pihak berwajib ambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku-pelaku tersebut,” tulis pemilik akaun Facebook Irwan Tasha Che Omar.

Rata-rata netizen melahirkan kemarahan mereka terhadap insiden ini dan turut berharap sekiranya ia benar, maka anggota polis yang terbabit mesti diadili kerana telah mencemar nama PDRM.


Kalau dilihat pada gambar di mana nasi bertaburan atas jalan, memang cukup menyedihkan.. kerana nasi yang bagi kita bukan apa-apa itu mungkin besar nilainya buat seorang pengemis yang selalu terpaksa mengikat perut.

Apa pun, mungkin ada penjelasannya mengapa manusia boleh bertindak sekejam ini terutama melibatkan anggota penjawat awam, jika kejadian ini benar-benar berlaku seperti mana diceritakan saksi. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori