PMUM Rancang Rempuh Masuk UM Jika Dihalang?

KUALA LUMPUR – Kekecohan hampir pasti berlaku dalam program pidato “40 Tahun:Dari Universiti Malaya Ke Penjara” anjuran Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) di Dataran Dewan Tunku Canselor UM pada malam Isnin ini.

Ia berikutan pengurusan UM bertegas melarang penganjuran program itu tetapi Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) pula berdegil mahu meneruskan pidato berkenaan.

Malah, satu paparan skrin perbualan Whatsapp mengenai rancangan PMUM untuk merempuh masuk ke dalam UM jika pihak universiti menghalang mereka kini tersebar meluas dalam media sosial.

[BACA – Pelajar Anjur Forum Anwar Di UM, Rela Dipenjara Dan Dipecat]

Perbualan Whatsapp itu dipercayai membabitkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol dengan Timbalan Setiausaha beliau, Leong Yu Sheng.

fahmi

Pendedahan perbualan itu mendapat reaksi kurang senang sebilangan pengguna media sosial yang bimbang akan berlaku ketegangan dan kekecohan teruk di UM pada Isnin ini.

“Pihak Pentadbiran UM perlu bertindak segera bagi memastikan kegiatan radikal seperti ini tidak berlaku di dalam UM,” kata seorang pengguna media sosial. – mynewshub.cc