Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Photobomb Dipilih Sebagai ‘Word...

JIKA sebelum ini perkataan selfie telah dipilih sebagai 'Word of the Year' bagi...

Serangan Christchurch: Tarrant Jalani...

CHRISTCHURCH - Hakim sebuah mahkamah di sini hari ini mengarahkan suspek penembak dua...

Bincang Projek Di Pejabat...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen sepatutnya mengadakan mesyuarat di pejabat menteri berkaitan bukannya...

Masjid, Gereja Ditutup Atasi...

ABUJA - Pemerintah bandar raya terbesar Nigeria, Lagos memutuskan untuk menutup puluhan gereja,...

PKR Pertahan Mukhriz: Ludah Muka Sendiri!

KUALA LUMPUR – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan usaha UMNO Kedah mahu menyingkirkan anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad daripada jawatan Menteri Besar tidak menghormati Perlembagaan Negara.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mendakwa, calon Menteri Besar perlu dapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN pembangkang sebelum boleh memegang jawatan itu berdasarkan Perlembagaan Negara.

“Tidak ada sebarang alasan munasabah yang dikemukakan untuk menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz selaku Menteri Besar selain dari politik persaingan dalaman UMNO.

“Atas alasan tersebut, pada pandangan kami, kami akan terus menyokong pentadbiran (Mukhiz) sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan rasmi PKR hari ini.

Kenyataan rasmi PKR yang dikeluarkan oleh Presiden parti itu sebenarnya mencerminkan sikap hipokrit PKR disamping cubaan ketara untuk memutarbelit pemahaman orang ramai mengenai peruntukkan Perlembagaan.

Umum mengetahui pada tahun 2014, PKR bertindak menggulingkan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada jawatan Menteri Besar.

Abdul Khalid disingkirkan daripada jawatan itu kerana dilihat tidak bertindak selari dengan kepentingan pucuk pimpinan parti dalam mentadbir kerajaan Selangor.
Pada waktu itu, PKR Selangor menggesa Abdul Khalid meletakkan jawatan dengan hanya mengadakan sidang media, perkara sama dilakukan UMNO Kedah untuk mendesak Mukhriz letak jawatan baru-baru ini.

PKR membuat desakan itu tanpa perlu mendapatkan persetujuan ADUN BN memandangkan calon Menteri Besar ditentukan oleh parti politik yang mentadbir sesebuah negeri.

Justeru, pendirian PKR kononnya tindakan UMNO Kedah mendesak Mukhriz meletak jawatan Menteri Besar tidak betul dan melanggar Perlembagaan dikritik ramai pihak termasuk bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Selangor, Faekah Hussin.

Berikut kenyataan penuh Faekah mengulas sikap hipokrit PKR dalam isu jawatan Menteri Besar Kedah:

Lebih baik PKR tutup mulut elak ludah ke muka sendiri

Oleh Faekah Hussin

Lucu. Itulah yang saya rasakan ketika membaca kenyataan Datuk Johari Abdul bahawa PKR menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor pada tahun 2014 lebih tertib berbanding UMNO Kedah yang kini cuba menyingkirkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Ia bukan sahaja lucu tapi juga seolah-olah mencabar kewarasan dan kecerdikan rakyat Malaysia yang sudah bosan menjadi ‘macai’ kepada parti politik yang mereka sokong.

Atau mungkin beliau tidak tahu definisi tertib, sopan dan demokratik? Perkara ini tidak mustahil kerana hanya mereka yang mengamalkan sikap-sikap tersebut sahaja yang akan tahu maksudnya yang sebenar.


Saya pasti ramai pengundi Selangor tidak lupa dengan ‘Langkah Kajang’ yang bukan sahaja telah mengusir Khalid daripada jawatan Menteri Besar tetapi akhirnya juga telah menghancurkan Pakatan Rakyat.

Kita tidak akan lupa dalil 90 sebanyak mukasurat yang mengandungi pelbagai tuduhan palsu yang dijilidkan dan ditandatangani oleh rakan baik Johari iaitu Datuk Saifuddin Nasution yang merupakan Setiausaha Agung PKR ketika itu.

Kita juga tidak lupa bagaimana PKR telah mengadakan jelajah ke seluruh Selangor menjaja tuduhan palsu serta mencerca Khalid dengan pelbagai pembohongan.

Kami juga tidak lupa tentang desakan dan kenyataan palsu tersebut diulang-ulang oleh kebanyakan pemimpin PKR daripada jawatan Presiden parti sehinggalah ke taraf macai.

Kami tidak lupa, apabila misi menjatuhkan Khalid tercapai, Saifuddin membaca kenyataan permohonan maaf (unreserved apology) kepada Khalid di hadapan mahkamah terhadap ‘tuduhan-tuduhan’ yang terkandung di dalam dalil 90 mukasurat tersebut TETAPI kemudiannya di luar mahkamah mendakwa pula beliau tidak melakukan kesalahan menfitnah atau meminta maaf kerana Khalid pun meminta maaf, walhal kenyataan maaf itu lebih kepada tidak mahu memanjangkan persengketaan sempena bulan Syawal ketika itu.

Rakyat juga belum lupa tuduhan yang bersangkut paut kepada penstrukturan semula industri air yang kononnya Khalid melakukan keputusan yang merugikan rakyat Selangor, yang mana akhirnya diteruskan oleh Menteri Besar baharu tanpa ada sedikit perubahan pun.

Kita maklum kata-kata menghukum yang dilemparkan kepada Khalid berkenaan lebuh raya bertol kononnya melanggar Manifesto Pakatan Rakyat tetapi akhirnya hari ini projek- projek tersebut masih diteruskan.

Lebih nyata, kita maklum Langkah Kajang adalah pengkhianatan kepada laungan reformasi yang dilaungkan sejak tahun 1998, di mana seorang Menteri Besar PKR telah dijatuhkan menggunakan tuduhan palsu dengan cara yang sangat secara jijik dan kotor.

Tertib? Demokratik? Memang lucu. Mungkin mereka ini mahu mengaburi mata rakyat yang telah ‘penat’ menghadapi perkembangan politik yang semakin kotor. Apa-apa pun, jika benar mereka tertib pada ketika itu, barang pasti calon pilihan PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah menjadi Menteri Besar Selangor dan tidaklah seorang yang menangguk di air keruh yang menduduki kerusi Menteri Besar Selangor pada hari ini.

Malah, jika benar PKR tertib, tidaklah Ketua Umum mereka sampai hilang Darjah Kebesaran Negeri Selangor, yakni negeri yang beliau teringin sangat menerajuinya.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan persetujuan saya dengan kenyataan Datuk Mahfuz Omar bahawa statutory declaration (SD) hanyalah satu dokumen bernilai seperti kertas tandas. Namun, saya agak kecewa beliau hanya menyuarakan pendapatnya sekarang dan bukan ketika PKR mengeluarkan dokumen yang sama ketika menyokong Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

Rasanya, adalah lebih elok PKR menjauhkan diri daripada membuat sebarang komen berkaitan isu penukaran Menteri Besar di Kedah. Semakin PKR cuba untuk menunjuk baik, menunjuk pandai atau lebih tepat lagi menyibuk, semakin lucu mereka terlihat di mata rakyat kerana asyiknya mereka meludah ke muka sendiri. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori