Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Presiden IPF Sambanthan Meninggal...

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF), Datuk M. Sambanthan...

Padah Ambil Kesempatan, Lelaki...

SEORANG lelaki yang dipercayai pelanggan di sebuah restauran di Rusia telah menerima padah...

Pesawat Rusia Bawa 224...

SEBUAH pesawat komersial Rusia yang membawa sejumlah 217 penumpang dan tujuh anak kapal...

Lebih 90% Peserta Bersih...

PERHIMPUNAN haram Bersih 4.0 di ibu negara kali ini nampaknya mendapat sambutan berganda-ganda...

Helah Pesan Pizza Selamatkan Tebusan Di AS

Florida (Amerika Syarikat) – Seorang wanita terdesak meminta bantuan menerusi mesej rahsia menggunakan aplikasi memesan pizza selepas ditahan sebagai tebusan bersama anaknya oleh teman lelakinya, di sini.

Polis Daerah Highlands memberitahu stesen televisyen WFLA-TV di sini bahawa kedai Pizza Hut di Avon Park menerima pesanan online itu petang Isnin lalu daripada Cheryl Treadway, 25.

Pekerja di restoran itu melihat permintaan khas Treadway supaya menghubungi polis pada bahagian komen sebelum berbuat demikian.

Treadway yang membuka pintu rumah apabila polis tiba memberitahu mereka bahawa teman lelakinya, Ethan Nickerson, 26, yang berada di dalam rumah itu menahannya dan tiga anak serta bersenjatakan pisau.

Polis membawa Treadway dan anaknya keluar daripada rumah itu sebelum menahan Nickerson.


Dua lagi anak yang berada di dalam rumah itu selamat dan tidak cedera.

Menurut polis, Nickerson menahan Treadway di dalam rumah hari itu sehingga dia meyakinkannya untuk memesan pizza menggunakan aplikasi pada telefon pintarnya. – AP

https://www.youtube.com/watch?v=1LftxMMiIbs

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori