Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Pengusaha China Berminat Beli...

PENGUSAHA China dilaporkan berminat membeli kelab elit Liga Perdana, Liverpool. Pengusaha itu memberikan tawaran...

Kenaikan GST Tidak Dibincangkan,...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak membayangkan sebarang kenaikan dalam Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),...

Lelaki Mengamuk Kerana Juruwang...

NANNING – Seorang lelaki yang mengamuk di sebuah pasar raya di China bertindak...

Dr Mahathir Terima Kunjungan...

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan hormat...

Soalan ‘Mimpi Basah’ Wanita Viral Di Media Sosial

BIASANYA kaum lelaki yang baru memasuki fasa akil baligh sahaja akan mengalami ‘mimpi basah’ atau mimpi seksual yang mengakibatkan pengeluaran air mani secara tidak sengaja semasa tidur.

Namun lain pula dalam ‘kes’ wanita ini, yang mengaku dirinya keliru sama ada mimpi seksual yang dialaminya itu adalah mimpi basah ataupun tidak.

Kini ‘trending’ di laman-laman sosial, berikut pertanyaan dan jawapan bagi kemusykilan wanita bernama Shila ini mengenai hukum ‘mimpi basah’ beliau:

“Salam.. saya wanita dan sudah berkahwin.

Satu malam saya mimpi berjimak.. setelah sedar dan bangun dari tidur, saya lihat seluar dalam tiada bekas basah (air mani), di faraj cuma ada ketulan bewarna putih kekuningan dan cirinya seperti keputihan yang biasa saya alami.

Perlukah saya mandi wajib jika YAKIN tak keluar mani?

Apa hukum jika saya YAKIN yang air mani tak keluar, yang keluar cuma keputihan biasa..” – Shila, Selangor

Sebelum anda gelakkan pertanyaan wanita ini, perlulah diberitahu bahawa wanita juga secara biologinya mampu menghasilkan air mani, cuma proses pengeluarannya tidaklah sama seperti yang dialami kaum lelaki.


Ini kerana, air mani secara amnya boleh didefinisikan sebagai lendir lembut berwarna putih atau kuning yang keluar ketika kemuncak syahwat saat bersetubuh.

Selain itu, air mani tidak membatalkan wuduk walaupun ia keluar dari vagina kerana pengeluarannya tidak berlaku secara sengaja dan sekiranya beliau mahu, wanita itu boleh solat seperti biasa.

Namun, jika persetubuhan sebenar berlaku maka itu sudah terang lagi bersuluhlah hukumnya bagaimana. Rasanya, tak perlu kami huraikan di sini kan? - MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori