Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Pendaftaran Pengundi: Boleh Lagi...

PUTRAJAYA - Orang ramai masih boleh mendaftar sebagai pengundi selepas 30 September kerana...

Kerajaan Tak Diskriminasi Tarik...

KUALA LUMPU - Dengan kelulusan pelaburan RM7.7 bilion dalam sektor pembuatan pada separuh...

Taiwan Jadi Negara Pertama...

TAIPEI - Mahkamah Agung Taiwan lewat Rabu mengeluarkan keputusan bersejarah yang sekali gus...

Akauntan Wanita Ditemui Lemas...

JOHOR BAHRU - Seorang akauntan wanita ditemui mati lemas hari ini, selepas dilaporkan...

Pertama Kali Tengok Charge Sheet Siap Sebelum Siasatan Selesai

Semalam kecoh apabila portal Sarawak Report kononnya mendedahkan satu kertas pertuduhan melibatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Rakyat Malaysia yang rata-rata suka menghadam benda tanpa melakukan sebarang siasatan atau homework melompat-lompat sampai ke bumbung kegembiraan kononnya terbukti Najib bersalah dan charge sheet itulah punca mengapa Tan Sri Abdul Ghani Patail kononnya dipencenkan awal sebagai Peguam Negara.

Sebenarnya, apa yang terbukti hanyalah penipuan sekali lagi oleh Sarawak Report.

Jika dahulu mereka menyiarkan dokumen berkaitan urus niaga 1MDB dengan PetroSaudi yang telah diubah-suai, semalam mereka menyiarkan kertas pertuduhan atau charge sheet
palsu pula.

Gelombang fitnah dan berita rekaan untuk menjatuhkan kerajaan nampaknya tidak kunjung putus.

Sepanjang menjadi wartawan, semalam adalah kali pertama penulis melihat charge sheet siap untuk sebuah kes yang masih dalam siasatan.

Bayangkan, belum ada sesiapa yang dibawa ke mahkamah atau didakwa, charge sheet sudah siap. Umpama kita menuduh orang tanpa bukti.

Kenyataan Najib pun belum lagi direkodkan tapi charge sheet dah siap.

Sayangnya… begitu cepat rakyat kita makan benda-benda fitnah.

Charge sheet yang digunakan tu pun kalau benarlah, sangat memalukan untuk sebuah negara macam Malaysia.

Macam budak sekolah buat asignment aje rupanya. Kertas A4 yang ditaip ikut kesesuaian gigi sendiri.


Format semua tak ikut langsung charge sheet mahkamah di Malaysia.

Charge sheet sebenar yang dipakai adalah seperti yang di bawah;

mynewshub.cc

Bila siasatan dah selesai, orang yang didakwa akan dibawa ke mahkamah dan kertas pertuduhan atau charge sheet seperti ini yang akan digunakan sepanjang proses oleh semua pihak termasuk peguam bela dan pendakwa raya.

Yang Sarawak Report tunjuk semalam tu entah apa benda.

Kat sini sahaja kalau anda berakal sudah boleh nampak permainan jahat yang cuba dimainkan oleh Sarawak Report untuk menjatuhkan kepimpinan negara ini.

Entah la pompuan mat salleh mana kat United Kingdom tu yang merasakan bangsa dia masih menjajah kita duk perbodohkan kita semua.

Sekali lagi… punyalah beza kan kertas pertuduhan rasmi yang dipakai dengan yang kononnya melibatkan Perdana Menteri itu? – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori