Perompak Tertinggal Telefon Papar Gambar Selfienya Sendiri

Kelakar pula mendengar kisah perompak yang amat malang dan sadis ini kerana tindakannya meletakkan gambar selfie sebagai screensaver di telefon bimbitnya akhirnya menjerat dirinya kembali.

Perompak barangan kemas, Germain Ibrahim Fofana, 27 tahun ini dikatakan tertinggal telefon bimbit miliknya  selepas merompak barang kemas bernilai RM95, 000 (£18,000) di sebuah kedai barangan kemas di New York.

Tindakannya meninggalkan telefon bimbit miliknya di tempat kejadian membuat pihak polis dengan mudah menangkapnya.

Lebih lucu, telefon bimbit itu memaparkan  gambar selfie Germain sendiri.

ppp

Kini, Germain telah dibicarakan dan menerima 9 tuduhan mencuri dan 1 tuduhan cubaan mencuri. Dia bakal menerima 5 tahun hukuman penjara atas kesalahan yang telah dilakukan.

Itulah balasan atas perbuatan Germain, bak kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga” – MYNEWSHUB.CC

Oleh : FARAH

Leave a Reply