Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Malaysia Airlines Akan Kekal...

KUALA LUMPUR - Kerajaan ingin menjual Malaysia Airlines, tetapi identitinya sebagai syarikat penerbangan...

Warga Rohingya Di Malaysia...

HULU TERENGGANU - Nampaknya setiap warga Rohingya yang membawa diri ke Malaysia mempunyai...

Farah Asyikin Bakal Nikah...

WALAUPUN pernah gagal dalam dua perkahwinan terdahulu, itu bukan penghalang buat bekas penyanyi Farah...

Antara Penyamar LHDNM Dan...

Pada 10 Jun lalu media melaporkan Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman denda RM1,000 terhadap...

Perokok Belanja Purata RM70,000 Beli Rokok Dlm Tempoh 10 Thn

KANGAR – Seorang perokok membelanjakan purata lebih RM70,000 dalam tempoh 10 tahun untuk membeli rokok, kata Pengarah Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Datuk Dr Ahmad Nordin Mohd Jais.

Beliau berkata perkiraan itu dibuat berdasarkan seorang perokok membelanjakan RM20 setiap hari bagi membeli rokok.

Berucap pada majlis penutupan sambutan Minggu Tanpa Tembakau peringkat HTF di hospital berkenaan di sini hari ini, beliau berkata perokok juga menanggung risiko menghidap pelbagai jenis penyakit akibat tabiat merokok.

“Perokok sebenarnya terpaksa menanggung perbelanjaan lebih besar yang boleh mencecah sehingga RM1 juta dalam hayatnya apabila terpaksa menanggung kos rawatan perubatan akibat tabiat buruk mereka,” kata Dr Ahmad Nordin.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan mereka yang tidak merokok supaya jangan mencuba tabiat tersebut, manakala bagi perokok hendaklah berusaha untuk berhenti.

Dr Ahmad Nordin berkata pada masa ini, banyak kalangan wanita menjadi perokok dan keadaan itu merupakan perkembangan yang tidak sihat.


Beliau berkata bagi membantu mereka untuk berhenti merokok, HTP telah membuka Klinik Berhenti Merokok sejak lima tahun lepas dan ia mendapat sambutan positif daripada perokok.

Katanya 30 peratus daripada perokok yang berumur 50-an telah pulih sepenuhnya setelah dirawat antara enam bulan dan dua tahun.

Mengenai bangunan baharu HTF setinggi tujuh tingkat bernilai hampir RM200 juta, beliau berkata ia telah siap dibina dan dijangka dapat digunakan dalam tempoh beberapa bulan lagi.

Bangunan menempatkan 260 katil khusus untuk pesakit wanita, wad bersalin dan kanak-kanak menjadikan HTF kini mempunyai lebih 600 katil dan dijangka dapat menampung permintaan untuk tempoh lima tahun akan datang, katanya. – BERNAMA

 

  • Lagi berita berkaitan:
  • Rokok

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori