Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mahathir Tak Mahu Campur...

LANGKAWI - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendirian tidak akan campur tangan...

Kebakaran Hutan Dekat Berlin,...

BERLIN - Kira-kira 600 orang penduduk dipindahkan daripada kediaman mereka selepas satu kebakaran...

Gurun Badain Jaran Tandus...

WILAYAH GANSU, China - Sebahagian besar gurun tandus Badain Jaran di barat laut...

Sakitnya Bercinta.. Cinta Peminat...

PEMENANG anugerah Pelakon TV Wanita Popular di ABPBH 2014, Nad Zainal lebih pentingkan kerjayanya...

Perkataan Kaligrafi Syahadah Punca Sekolah Di Virginia Ditutup

HANYA kerana ayat kalimah Syahadah, semua sekolah di Augusta County, Virginia, Amerika Syarikat telah diarahkan tutup oleh pihak berkuasa.

Ia akibat kemarahan yang tercetus dalam kalangan ibu bapa para pelajar di sana yang bimbang mengenai tahap keselamatan anak-anak mereka.

Tulisan Khat ini membawa erti Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhamad itu Rasul Pesuruh Allah.
Tulisan Khat ini membawa erti Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, dan Nabi Muhamad itu Rasul Pesuruh Allah.

Meskipun tiada sebarang ancaman bahaya diterima daripada mana-mana pihak, semua sekolah di daerah itu tetap diarahkan tutup pada 18 Disember manakala segala aktiviti ko-kurikulum pelajar turut terbatal.

Baca: Ancaman Bom, Lebih 1,000 Sekolah Di Los Angeles Tutup

Juga: Donald Trump Gesa Larang Umat Islam Jejak Kaki Ke AS

Kisah bermula apabila seorang guru meminta anak-anak muridnya menulis semula ayat Syahadah dalam tulisan khat di Riverheads High School di Staunton. Ini merupakan salah satu silibus mata pelajaran World Geography.

Tujuan asal sukatan pelajaran ini adalah bagi membolehkan pelajar lebih memahami kompleksiti serta struktur tulisan kaligrafi Islam.

Jika dilihat dari sudut pandangan positif, ia bukanlah sesuatu yang boleh memudaratkan serta mengugat akidah para pelajar di sana yang rata-rata menganut agama Kristian.

Situasi bertukar menjadi gempar apabila para pelajar telah membawa pulang kertas kerja sekolah berkenaan dan ditunjukkan kepada ibu dan bapa mereka.


Disebabkan rasa takut dan bimbang, kebanyakan ibu bapa pelajar telah menghubungi pihak sekolah secara berterusan dan menyuarakan reaksi mereka mengenai hal itu.

Lebih serius, ada yang mengarahkan agar guru yang bertanggungjawab mengajar subjek berkenaan, Cheryl LaPorte, diberhentikan perkhidmatannya serta-merta.

Bagaimanapun, LaPorte tampil menjelaskan bahawa silibus tersebut bukanlah satu silibus yang dicipta oleh dirinya, sebaliknya, ia diambil dari buku kerja yang menyentuh mengenai World Religions.

Malahan, silibus berkenaan sudah sememangnya diajar buat sekian lama sebelum ini.

Isu ini tercipta akibat dipengaruhi insiden siri tembakan rambang yang berlaku di San Bernardino, California, dua minggu lalu yang mengorbankan 14 nyawa manakala 21 lain dilaporkan cedera.

Dua suspek yang beragama Islam bagaimanapun telah ditembak mati oleh pihak berkuasa pada hari kejadian.

Sejak dari siri serangan yang berlaku di San Bernardino ini, umat Islam seluruh dunia kini berdepan dengan masalah dibenci oleh golongan anti-Islam yang terus menerus menyalahkan Islam atas beberapa lagi serangan lain yang berlaku sebelum ini. – Sumber: CNN/MYNEWSHUBCC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Ljgho1mYPZE]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori