Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Juruterbang Tertidur, Pesawat Terlepas...

SYDNEY - Sebuah pesawat kecil terlepas destinasi di Australia hampir 50 kilometer selepas...

PKP Di 7 Daerah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh daerah di...

JBPM Tambah Balai Cepat...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menambah balai bomba...

Tersebar Khabar Rafizi Bakal...

Tak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya namun petang ini tersebar khabar bahawa Rafizi...

Perjanjian Pakatan Harapan Bakal Dimeterai Tanpa Penyertaan PAS!

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan mengesahkan perjanjian rasmi gabungan rasmi beberapa parti pembangkang itu akan dimeterai di Pusat Persidangan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di Selangor pada 9 Januari ini tanpa penyertaan parti PAS.

Pakatan Harapan dalam satu kenyataan media memberitahu, perjanjian itu akan berlangsung sempena Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan yang julung kali diadakan selepas gabungan baharu parti pembangkang itu dibentuk tahun lalu.

“Pakatan Harapan akan mengadakan satu Persidangan Pimpinan Pakatan Harapan buat julung-julung kalinya pada 9 Januari 2016 di Pusat Persidangan SACC, Shah Alam dari pukul 9 pagi.

“Ia bakal menyaksikan majlis memeterai Perjanjian Pakatan Harapan yang mengikat DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) dalam sebuah kesatuan politik,” kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan secara bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut mereka, perjanjian rasmi Pakatan Harapan itu kononnya bagi menguatkan lagi persefahaman politik di antara ketiga-tiga parti itu.

Tambah mereka, Perjanjian Pakatan Harapan akan memberi fokus kepada perkara utama yang menjadi prasyarat kepada pembinaan sebuah kesatuan politik di antara tiga parti iaitu:

i. Prinsip dan kaedah membuat keputusan.

ii. Prinsip dan kaedah membina kesatuan politik di antara parti.


iii. Prinsip dan kaedah dalam menyelesaikan pertikaian di antara parti.

iv. Prinsip dan kaedah dalam membangunkan dasar-dasar bersama dan kepatuhan kepada dasar-dasar bersama.

v. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan pilihanraya termasuk penentuan kerusi yang ditandingi.

vi. Prinsip dan kaedah menguruskan perjalanan kerajaan Pakatan Harapan dan blok pembangkang.

vii. Prinsip dan kaedah menangani keadaan bila mana perjanjian ini dilanggari.

“Hasil daripada Perjanjian Pakatan Harapan ini, kami akan memberi tumpuan seterusnya untuk membangunkan satu kerangka dasar yang jitu dan radikal.

“Ini akan membentuk dokumen Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang akan diumumkan di Konvensyen Pakatan Harapan yang dijangka akan diadakan menjelang Jun 2016,” kata mereka. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori