Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Siapa Akan Ambik Alih...

Perlu diakui bahawa Najib Razak sejak 9 Mei 2018 selepas dijatuhkan angkara fitnah...

BNM Keluar Duit Syiling...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) mula mengeluarkan duit syiling peringatan khas...

7% Pelajar Lepasan Tingkatan...

KUALA LUMPUR - Hanya tujuh peratus daripada pelajar lepasan Tingkatan 3 sedang mengikuti...

24 Hari Jaya Istiadat...

KUALA LUMPUR - Tempoh masa singkat tidak sampai sebulan bukanlah halangan untuk menjayakan...

Perbaharui Daftar Perniagaan, Tak Perlu Ke SSM Pun Tak Apa..

HARI ini, sudah ramai peniaga yang menyedari kepentingan mendaftar perniagaan untuk memudahkan urusan di samping mengelak daripada dikenakan tindakan kerana melanggar undang-undang.
Bagaimanapun bila dah syok berniaga, terdapat ramai juga yang agak liat mahu memperbaharui pendaftaran perniagaan mereka. Alasan yang biasa digunakan adalah sibuk dan terlupa.
Sehubungan itu, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mengambil langkah bagi memudahkan prosedur memperbaharui lesen perniagaan.

Mynewshub faham, ada pertanyaan selalu berlegar di minda peniaga ketika berfikir tentang pendaftaran perniagaan yang sudah atau hampir tamat tempoh.

Jadi di bawah kami sediakan Q&A yang diharapkan dapat memberi pencerahan. Diharapkan lepas ini tak ada lagi alasan untuk tidak memperbaharui pendaftaran perniagaan anda ok?

Bagaimana Memperbaharui Pendaftaran Perniagaan?

1. Permohonan Pembaharuan Perniagaan di kaunter SSM dan Bank Simpanan Nasional boleh dibuat pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat pendaftaran tamat atau pembaharuan terdahulu menggunakan Permohonan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1). Rujuk Panduan Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan.

IMG-20150613-WA0013
2. Pembaharuan pendaftaran perniagaan boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pembaharuan.3. Perniagaan yang telah tamat melebihi 12 bulan tidak boleh diperbaharui. Pemilik perlu mendaftar semula perniagaan tersebut.Siapa Boleh Menghantar Borang A1?
Pemilik/ salah seorang rakan kongsi/ orang bertanggungjawab yang hadir memajukan Borang A1.

Berapa Fi?
Nama tred – RM60 setahun
Nama Personal – RM30 setahun
Cawangan – RM5 setahun bagi setiap cawangan


Bila Perakuan Pembaharuan Perniagaan Diperolehi?
Dalam masa 15 minit daripada pembayaran.

Untuk keterangan lanjut, para peniaga bolehlah melayari laman web rasmi SSM.

Peniaga Online ‘Kedekut’ RM70 Boleh Didenda RM50K!
SSM-ONE Berjaya! – Platform Terbaik Buat Peniaga Online

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=k4EdV0-VXXs

https://www.youtube.com/watch?v=QbEIgyNpEZ4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori