Penyanyi Bunuh Gadis, Sumbat Bawang Putih

SEORANG penyanyi pop di Vietnam, Nguyen Viet Cuong atau lebih dikenali dengan nama Chau Viet Cuong ditahan selepas bunuh seorang gadis berusia 20 tahun dengan sumbat bawang putih ke dalam tekaknya.

Nyuyen, 40, ditangkap di Hanoi selepas pihak polis tempatan menemui mayat gadis itu. Dia dikatakan membunuh gadis itu kerana percaya gadis berkenaan konon telah dirasuk syaitan.

Polis kemudian menemui kira-kira 30 biji bawang putih dalam tekak mangsa.

Dalam kejadian itu, Nyuyen bersama mangsa, Huyen, telah memasuki sebuah flat di pusat bandar Hanoi bersama dua yang lain, pada awal pagi Isnin lalu.

Beberapa jam selepas itu, Nguyen dan mangsa percaya dia telah dirasuk lalu menyumbat bawang putih ke dalam mulut mangsa.

Kejadian itu berlaku selepas mereka mengambil dadah yang menyebabkan halusinasi. Setakat ini Nguyen masih belum didakwa. – MYNEWSHUB.CC

Loading...