Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PKR Tak Tolak Kemungkinan...

KUALA LUMPUR - Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan blok...

Gerakan Yakin BN Pertahan...

TELUK INTAN - Anggota Parlimen Teluk Intan Datuk Seri Mah Siew Keong yakin...

Geng Motor Tendang Side...

AKSI sekumpulan penunggang motosikal melaksanakan 'hukuman' sendiri dengan menendang cermin sisi kenderaan yang...

Kassim Ahmad, Aktivis Sosial...

PAGI ini, bekas cendekiawan Islam dan aktivis politik tempatan, Kassim Ahmad telah menghembuskan...

Penyampai Berita TVNZ Diminta Kurangkan Glamor

Penyampai berita di stesen televisyen New Zealand, TVNZ, telah diminta mengubah penampilan dengan memakai pakaian yang kurang glamor untuk membolehkan mereka kelihatan lebih kepada wajah `New Zealand’.

TVNZ telah meminta penyampai wanitanya memakai pakaian dengan gaya bersahaja tanpa corak glamor manakala lelaki pula tidak perlu berpakaian moden dan berfesyen.

Perkara itu dinyatakan dalam dokumen yang diedarkan kepada kakitangannya dan telah diperoleh oleh New Zealand Herald.

Menurut New Zealand Herald, berdasarkan dokumen terbabit, ia jelas menyatakan bahawa penyampai TVNZ perlu memakai pakaian yang agak ketinggalan zaman.

Pada 2014 sahaja, stesen TV berkenaan membelanjakan NZ$111,199 untuk penyampainya manakala wartawan pula mendapat elaun baju tahunan sebanyak NZ$3,000.

Penyampai wanita pula memperolehi elaun tambahan iaitu NZ$1500 untuk solekan.


Bagaimanapun beberapa wartawan diberikan pengecualian ketika membuat laporan berdasarkan kepada keadaan di mana mereka bertugas.

“Anda juga memerlukan tali leher, seperti Corin Dann, yang membuat laporan dari Parlimen, atau Will Hine yang melaporkan mengenai berita ekonomi dari Queen Street atau Michael Parkin yang melaporkan dari mahkamah di Christchurch,’’ demikian tulis dokumen terbabit.

Kakitangan stesen TV itu juga diminta mengambil setiap kritikan yang membina secara prositif.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori