Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kes Buli Diselesaikan Di...

PADANG BESAR – Semua kes buli hendaklah diselesaikan oleh pihak sekolah, Pejabat Pendidikan...

5 Soalan Gadis Moden...

Anak muda zaman sekarang kena cuba benda ni. Sebelum nak kahwin tu, tanyalah soalan-soalan ni dulu

Ajal Tiga Beranak Maut...

Dungun - Tiga beranak maut selepas Perodua Alza dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan...

Dedah Kelemahan DEIG Demi...

SERDANG - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu pemimpin...

Penjenayah Guna Taktik Fast & Furious Ditangkap

Bangkok – Seorang pengedar dadah antarabangsa warga Perancis yang menggunakan taktik seperti filem aksi Hollywood, Fast and Furious berjaya ditangkap di Bangkok, kata polis semalam.

Andre Cabau, 39, ditahan pada Jumaat lalu kerana memasuki Thailand dengan pasport palsu dan akan dihantar pulang ke Perancis bagi menjalani hukuman atas kesalahan dadah.

Polis Perancis di Kedutaan Perancis di Bangkok, Catherine Occhini berkata, Cabau adalah suspek paling dikehendaki.

“Dia adalah sebahagian kumpulan pengedar dadah yang besar dan pakar menyeludup dadah di seluruh Eropah,” katanya.

Menurutnya, Cabau ditahan pada 2005 di Marseille dan dihukum penjara tujuh tahun pada 2007.

Dia dibebaskan awal dengan parol yang menghendaki dia berada di Perancis.


Bagaimanapun, dia melarikan diri ke Thailand dan tinggal di sebuah apartmen mewah di Bangkok bersama isteri warga tempatan.

Kumpulan Cabau menyeludup pelbagai jenis dadah dari Belgium, Belanda dan Luxembourg ke Perancis.

Jurucakap polis Thailand, Wut Liptapanlop berkata, kumpulan itu menggunakan kereta berprestasi tinggi untuk menyeludup dadah.

Kumpulan itu sangat terancang dan beroperasi pada waktu malam dengan menggunakan kereta berprestasi tinggi untuk melarikan diri daripada dikejar pihak berkuasa ketika melintasi sempadan terbuka di Eropah. – AP/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori