Peniaga Online Bakhil, Tak Mahu Pulang Baki Wang Pelanggan

DALAM perniagaan online, peniaga dan pelanggan mungkin berhadapan dengan masalah jika mereka tidak memiliki akaun di bawah bank yang sama.

Namun ia bukanlah masalah besar kerana pelanggan masih boleh membayar menerusi mesin ATM dan peniaga boleh memulangkan bakinya sama ada melalui kaedah sama atau mengisinya dalam bungkusan barang yang dipesan.

Malangnya, tidak semua peniaga online mempunyai adab dalam berniaga seperti kes yang kami kongsikan melalui screenshoot mesej ini.

Peniaga Online Tak Mahu Pulangkan Baki Wang Pelanggan

Dek kerana mahu mengaut keuntungan dengan cara ‘kotor’, peniaga tersebut enggan memulangkan baki wang sebanyak RM9 kepada pelanggannya.

Bukan itu sahaja, dia juga bersikap biadap dengan mengatakan pelanggan itu sengaja mahu menyusahkannya.

Secara logiknya, tidak ada apa yang susah kerana dia hanya perlu memasukkan baki tersebut bersama barang yang akan dihantar nanti.

Kalau beginilah cara berniaga, jangan merungut pula kalau tak ada orang yang sudi berurusan dengan anda selepas ini..

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=CkwOAyQ6lZg

Oleh: Elza

Loading...