Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Prosiding Komital Lokman Ditangguh,...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini membenarkan prosiding komital bekas ahli...

Mohon RM13.5 Juta Bangunkan...

SUNGAI PETANI - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan memohon sebanyak RM13.5...

Lelaki Hubungi Bekas Kekasih...

HANYA kerana mahu bekas kekasihnya mengucapkan terima kasih kerana membaiki pangsapuri kediaman mereka,...

Kerajaan Teliti Pelbagai Faktor...

SABAK BERNAM - Kerajaan sedang meneliti semua faktor berkaitan isu pemotongan dan pemutuan...

Peniaga Online ‘Kedekut’ RM70 Boleh Didenda RM50K!

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) hari ini melancarkan program Online Networking Entrepreneurs (SSM-ONE) yang diwujudkan khas bagi mengumpulkan pengusaha-pengusaha perniagaan atas talian (online) di dalam satu komuniti yang disokong penuh oleh SSM.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM Zahrah Abd Wahab Fenner (tengah) merasmikan program SSM-ONE di Menara SSM, KL Sentral hari ini. FOTO: Riza Razak/Mynewshub
Ketua Pegawai Eksekutif SSM Zahrah Abd Wahab Fenner (tengah) merasmikan program SSM-ONE di Menara SSM, KL Sentral, pada Selasa.

“Objektif utama SSM-ONE adalah memberi penerangan kepada golongan usahawan tentang kepentingan mendaftarkan perniagaan dan menubuhkan syarikat.

“Ia juga bagi menggalakkan orang ramai menceburi bidang perniagaan dan meningkatkan pendaftaran syarikat,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif SSM Zahrah Abd Wahab Fenner yang merasmikan program tersebut di Menara SSM, KL Sentral hari ini.

BERKAITAN: Salute..! CEO Wanita SSM Ikut Berpanas Kayuh Basikal

Sehubungan itu program pertama SSM-ONE 2015 akan diadakan pada 5 dan 6 Jun ini, berupa satu program keusahawan khas yang dibuka kepada semua peniaga online seluruh negara dan boleh diikuti secara percuma.

Program yang bakal berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara ini turut menawarkan pelbagai ganjaran menarik kepada peserta antaranya pemberian 2,000 domain dan website builder percuma, dana pembiayaan perniagaan dan geran keusahawanan.

DSC_1876

Menurut Zahrah setakat ini lebih 4,000 peniaga online sudah pun mendaftar dengan SSM tetapi masih ramai belum berbuat demikian. Ini satu tindakan yang kurang bijak kerana sekiranya didapati bersalah mereka berdepan tindakan undang-undang dan boleh didenda sehingga RM50,000 sedangkan pendaftaran SSM hanya RM70.00 sahaja.


Program SSM-ONE turut mengadakan kolaborasi dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memandangkan perniagaan online banyak diusahakan oleh golongan wanita yang merupakan stakeholder di bawah kementerian ini.

SSM percaya kolaborasi dengan KPWKM dapat menarik lebih banyak penyertaan daripada kaum hawa untuk mendapatkan informasi tepat berkaitan perniagaan yang mana ia perlu didaftarkan dengan SSM walaupun hanya dijalankan secara maya.

Peniaga online yang berminat untuk berada dalam komuniti SSM-ONE boleh melayari laman 1-ssm.com untuk maklumat lanjut.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=k4EdV0-VXXs

Oleh: Rem Ramzi
Foto/Video: Riza Razak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori