Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Isu Pegang: ‘Saya Terpaksa...

SEKEPING gambar memaparkan aksi pelakon Fattah Amin memegang tangan Neelofa ketika mereka tiba...

Jet Pejuang Korea Selatan...

SEOUL - Seorang juruterbang Korea Selatan terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam...

Kerajaan Belanja RM35 Bilion...

KUALA LUMPUR – Kerajaan membelanjakan sebanyak RM35.14 billion bagi kos pembinaan melibatkan 29...

Banjir Kota Tinggi Ragut...

KOTA TINGGI - Seorang lelaki berusia 46 tahun mati lemas selepas dipercayai terjatuh...

Pengkalan Kubor : Setia Dua Sekawan Kepada BN Sampai Mati

TUMPAT – Biarpun ada cerita bahawa ramai dari golongan emas di Kelantan menyokong perjuangan PAS atas dasar Islam yang dibawanya, bagi seorang pakcik setianya kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) takkan berubah.

Begitulah diungkapkan setianya pakcik Abdullah Ahmad, 66, dari Bukit Tuku, Pasir Mas.

Beliau bersama empat lagi rakannya sanggup hadir dari kampung ke Tumpat semata-mata untuk memberikan sokongan kepada calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

“Pakcik sudah lama menyokong Barisan, sejak timbul Barisan (BN) dulu sehingga sekarang tak berubah,” katanya kepada Mynewshub.cc ketika ditemui ketika sesi penamaan calon PRK berkenaan sedang berjalan.

Menjawab soalan adakah pakcik tidak ‘termakan’ dek pujuk rayu PAS sebelum ini yang mengatakan jika mengundi parti itu akan masuk syurga, Abdullah berkata dia memiliki ilmu agama yang cukup untuk mengetahui apa yang dikatakan oleh PAS itu satu penipuan demi undi dalam politik.

“Pakcik dah tahu, apa yang telah diberitahu oleh PAS itu.. Pakcik sudah belajar agama sedikit sebanyak.. Pakcik dah tahu apa yang dia tipu helah.

“Pakcik juga sudah bagitahu kawan-kawan pakcik selok-belok, pekerjaan orang PAS yang mana semua matlamat mereka banyak yang dia tipu,” katanya.

Menurut beliau secara jujur, selama 24 tahun PAS memerintah Kelantan tiada satu pun pembangunan wujud di kampung beliau atas inisiatif kerajaan PAS.

“Dikatakan selama 24 tahun dia (PAS) memerintah tu, satu pun tidak ada yang di kampung saya itu.. bangunan ataupun jalan yang dibuat oleh PAS, semuanya Barisan (BN) yang laksanakan,” katanya.


Mengulas dengan lebih lanjut, Abdullah beliau berkata beliau sekeluarga bersama anak-anak kesemuanya menyokong Barisan Nasional tanpa ada perubahan pun kepada PAS.

Sementara itu, rakan Abdullah, Abdullah Mat Salleh, 58, dari Kampung Bunohan, Tumpat berkata beliau memilih BN kerana mahu hidup senang tanpa sebarang masalah dari segi pembangunan.

“Sokong BN sebab nak senang, kalau dalam PAS tak senang, hok dia kecek (cakap) saja lah, tanpa ada kerja atau pembangunan yang dilakukan,” katanya yang mengakui keseluruhan keluarganya turut menyokong BN.

Kedua-dua mereka turut menyokong kepimpinan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed dalam menerajui UMNO negeri itu dan percaya ada satu masa nanti BN akan kembali mentadbir negeri itu demi kebaikan rakyatnya.

PRK DUN Pengkalan Kubor bakal berlangsung pada 25 September ini bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara BN menerusi calonnya Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.

Pilihan raya itu mesti diadakan untuk menggantikan penyandangnya Datuk Noor Zahidi Omar yang kembali ke rahmatullah 20 Ogos lalu. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Foto : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori