Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

FAM: KAFA Hormati Keputusan...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menghormati keputusan penasihatnya Tan Sri...

Bekas Setiausaha Politik Bakal...

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha politik bekas menteri akan didakwa di mahkamah kerana...

Trump Pecat Tillerson Kerana...

SETIAUSAHA Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson dipecat Presiden Donald Trump semalam, dalam satu...

Cub Prix: Ramdan Rosli...

MOHD Ramdan Rosli berjaya mengatasi masalah gear menjelang perlumbaan akhir untuk meraih kemenangan...

Pengganas Paling Bahaya Dihukum Ringan Sebab Bebas 10 Tebusan

JAKARTA – Pengganas dan pakar bom paling berbahaya, Umar Patek, diberikan keringanan hukuman penjara sebanyak 10 tahun kerana membantu dalam pembebasan 10 rakyat Indonesia yang ditahan militan Abu Sayyaf.

Perkara amat mengejutkan tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Penindakan dan Pembinaan Kemampuan di Badan Nasional Pemberantasan Pengganasan (BNPT), Arief Dharmawan, menurut media tempatan di sini.

Umar Patek jelas beliau, pernah menawarkan diri untuk menjadi orang tengah sebelum berjaya membebaskan 10 warga Indonesia yang ditahan oleh kelompok kumpulan pengganas Abu Sayyaf di selatan Filipina dua minggu lalu.

Arief turut melahirkan rasa berterima kasih kepada Umar Patek kerana sanggup menawarkan diri membantu pihak pemerintah Indonesia dalam usaha membebaskan 10 rakyat negara tersebut yang dijadikan tebusan.

“Alhamdulilah saya secara peribadi menghargai jasa Umar Patek dan Nasir Abas yang sudi menawarkan diri mereka sendiri untuk membantu membebaskan kumpulan warga Indonesia yang dijadikan tebusan di Filipina.

“Kami menyampaikan saranan dan mencuba melihat rundingan yang mana ia boleh dilaksanakan,” tambahnya menegaskan bahawa Umar tidak ditugaskan secara langsung untuk membebaskan 10 warga Indonesia tersebut.

Sebelum ini, difahamkan Menteri Pertahanan Indonesia, Ryamizard Ryacudu tidak membantah adanya rancangan melibatkan pesalah kes terorisme dalam rundingan berhubung pembebasan para tebusan di selatan Filipina.

FILE - In this Nov. 29, 2011 file photo, terrorist suspect Umar Patek, center, is escorted by police officers as he arrives to testify for his wife, Ruqayyah binti Husein Luceno, who is on trial for immigration violations, at a district court in Jakarta, Indonesia. Southeast Asia's most notorious suspected bombmaker, nicknamed the "Demolition Man," is facing trial in Indonesia for his alleged role in the 2002 Bali bombing. Umar Patek's trial begins Monday, Feb. 13, 2012, in a Jakarta court. It follows his nine-year flight from justice that took him from the Philippines to Pakistan. (AP Photo/Tatan Syuflana, File)


“Yang penting, kalau semua tebusan itu selamat, kenapa tidak,” menurutnya. Umar Patek atau nama sebenarnya, Hisyam Alizein merupakan penolong penyelaras dalam serangan bom Bali pada 2002, yang meragut 202 nyawa.

Dia dikenakan hukuman penjara 20 tahun pada 2012. Ini bermakna, setelah sekitar lima tahun dipenjarakan, dan kini diberi keringanan 10 tahun daripada hukuman, Umar Patek mungkin bebas dalam masa beberapa tahun ini.

Pengganas amat berbahaya di rantau Asia tenggara ini dipercayai pernah membekalkan kumpulan militan Abu Sayyaf dengan latihan penggunaan senjata api serta bom demi menghancurkan kepentingan Barat yang kafir.

Teroris yang berasal dari Jawa Tengah itu terpaksa hidup berpindah-randah dari satu negara ke negara yang lain. Destinasi paling lama yang pernah dikunjunginya ialah Mindanao, Filipina dan sekitar Afghanistan.

Umar Patek, 45; yang sempat mengadakan pertemuan dengan pemimpin rangkaian al-Qaeda akhirnya diberkas polis antipengganas tempatan pada 25 Januari 2011 di bandar Abbottabad, Pakistan dalam satu operasi khas.

Kurang setahun daripada itu, dia diserahkan kepada Indonesia. Umar Patek pernah diburu Amerika Syarikat, Australia dan juga Indonesia, dengan nilai buruan yang mencecah AS$1 juta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori