Pengesahan Penarafan Kredit Oleh S&P, Malaysia Dapat ‘A-‘

MALAYSIA telah mendapat pengesahan penarafan kredit asing jangka panjang pada ‘A-‘ dengan prospek yang lebih stabil oleh Standard & Poor’s (S&P).

Menurut Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, ia sekaligus membuktikan bahawa usaha kerajaan dalam memastikan asas makroekonomi yang baik dan komitmennya memperkukuhkan kewangan awam membuahkan hasil.

Sebelum ini, Fitch turut mengesahkan penarafan keingkaran pengeluar mata wang asing jangka panjang pada tahap ‘A-‘ dan menukar taraf propek daripada ‘negatif’ kepada ‘stabil’.

Malaysia Akan Terus Tingkat Kemampanan – Najib

maxresdefault

“S&P mengiktiraf pengurusan ekonomi yang pragmatik dan komitmen teguh kerajaan kepada pembaharuan fiskal, terutama rasionalisasi subsidi bahan api serta mempelbagaikan pendapatan melalui cukai barang dan perkhidmatan,” ujar Mohd Irwan seperti disiarkan Bernama.

Ujar beliau lanjut, penarafan yang dibuat adalah berdasarkan kepada beberapa faktor, antaranya kedudukan luaran Malaysia yang kukuh dan fleksibiliti monetari yang membantu menyerap kejutan ekonomi.

“Pasaran modal yang lebih murah mengurangkan pergantungan kepada pinjaman luar dan pelaksanaan langkah fiskal yang tegas oleh kerajaan turut menyokong penarafan berkenaan.”

Selain itu, menurutnya lagi, S&P turut menyatakan keyakinan terhadap dasar Malaysia yang responsif dan berkesan. Lantas, S&P percaya isu seperti 1MDB tidak menjadi penghalang kepada kerajaan meneruskan pembaharuan ekonomi dan fiskal. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

Penarafan S&P Tingkat Keyakinan Pelabur – KSU Kewangan

Loading...