Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vanidah Imran Gagal Selesai...

KUALA LUMPUR - Kes saman pelakon Vanidah Imran terhadap syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra...

Rogol Anak: Suspek Disambung...

KUALA TERENGGANU - Polis mendapat perintah sambung tahanan reman selama...

Lelaki Maut Saksi Utama...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang ditemui mati selepas dikatakan terjatuh dari sebuah...

Polis Siasat Lelaki Mati...

KOTA BHARU : Polis Kontinjen Kelantan akan menjalankan siasatan berhubung kematian seorang lelaki...

Penganjur ‘I Want To Touch A Dog’ Anjur Program Dakwah Esok

Masihkah anda ingat lagi dengan nama Syed Azmi? Seorang yang dikenali kerana menjadi penganjur kepada program ‘I want To Touch A Dog’ yang pernah menjadi kontroversi hangat satu ketika dulu.

Beliau sebelum ini dikatakan sangat rajin menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, kini mengajak rakyat Malaysia untuk menyertai program dakwah jalanan yang bakal dianjurkan oleh kumpulan kebajikannya iaitu kumpulan #tamakpahala.

Aktiviti dakwah jalanan yang dinamakan ‘Street Solat Isya’ ini merupakan salah satu program anjurannya dan ini bukan pertama kali dilakukan.

syed 3
Gambar Hiasan

Program yang bertarikhkan 4 Desember iaitu esok (khamis), pukul 7.50 malam, bertempat di Jalan Tunku Abdul Rahman, di hadapan Bank CIMB.

Peserta yang ingin mengikuti program tersebut perlu membawa Sejadah, Telekung, pakaian solat sesuai, air untuk berwuduk dan ianya terbuka kepada seluruh umat Islam.

Objektif acara kecil ini adalah untuk mendekati mereka yang kehilangan tempat tinggal iaitu warga gelandangan.

syed azmi 3

Program tersebut memilih untuk melakukan dakwah jalanan di kawasan tempat tinggal gelandangan yang kini menjadi ‘rumah’ untuk 400 insan yang kurang bernasib baik.


Beliau mengajak semua berganding bahu untuk meluangkan masa, usaha dan empati untuk bersatu dalam solat.

Menurut Syed Azmi juga, beliau menerangkan bahawa solat di masjid adalah lebih baik, namun ini adalah satu dakwah untuk bercerita lebih lanjut mengenai kebaikan masjid dan keindahan Islam.

Berdakwah itu ada banyak cara dan ini adalah salah satu usaha untuk mendekati golongan ini supaya lebih dekat dengan agama.

Sumber: Facebook Syed Azmi

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori