Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Malaysia Ada Pengalaman Tangani...

PUTRAJAYA - Malaysia mempunyai kapasiti untuk menangani kes koronavirus dengan sejarah kejayaan cemerlang...

Kehadiran Malaysia Dalam UNSC...

KUALA LUMPUR - Kejayaan Malaysia menerima sokongan padu untuk menjadi anggota tidak tetap...

Polis Siasat Penyebaran Rakaman...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengkaji tindakan terhadap penyebar rakaman kamera litar tertutup...

Gambar TMJ Menyentuh Hati...

Hati terharu melihat gambar Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim disiarkan oleh...

Penganjur Sentuh Anjing Beri Maklumat Salah – MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memaklumkan bahawa pihak mereka telah diberikan maklumat salah oleh penganjur program I Want To Touch A Dog.

Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Ali berkata, pada mulanya MAIS dikemukakan dengan satu kertas cadangan untuk satu program yang  kononnya akan memberi fokus kepada kedudukan anjing dan hukumnya dalam Islam.

“Kertas cadangan itu mengatakan program akan menunjukkan cara untuk menyucikan diri jika secara tak sengaja atau sengaja menyentuh anjing.

[BACA – Penganjur Program ‘Sentuh Anjing’ Didakwa Kristian, Diugut Bunuh]

“Antara objektif yang disenaraikan adalah menyebarkan maklumat berkaitan anjing kepada umat Islam, cara menyucikannya, hukum-hukum menyentuh anjing jika terpaksa menyelamatkan mereka dan juga hukum anjing sebagai haiwan peliharaan.

“Selepas membuat pertimbangan dan berbincang dengan Mufti Selangor, kami berdua setuju membenarkan program itu diadakan,” katanya memetik laporan portal New Straits Times.

Mohamad Adzib berkata, MAIS ada menambah beberapa panduan di dalam surat kebenaran untuk program itu yang bertarikh 9 Oktober, antaranya memaklumkan bahawa peserta dilarang menyentuh anjing dalam program berkenaan.

“Haram hukumnya menyentuh anjing apabila ia dalam keadaan basah dan kita juga dalam keadaan basah kerana anjing adalah najis mughalazzah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata apa yang berlaku pada program tersebut iaitu peserta memeluk, menyentuh dan membelai anjing tanpa sebarang sebab tertentu seperti yang disenaraikan, dilihat bertentangan dengan hukum syarak.

“Objektif asalnya tidak pun mengatakan ada perlakuan sedemikian. MAIS kecewa dengan apa yang berlaku pada program itu,” katanya.


Sementara itu, laman Facebook I Want To Touch A Dog (IWTTAD) dilaporkan telah ditutup oleh pemiliknya sejak beberapa hari lepas ekoran kontroversi yang diterima.

FBAnjingDitutupPemilik laman itu yang juga penganjurnya, Syed Azmi Alhabshi juga dilaporkan telah menghilangkan diri.

Cubaan Mynewshub menghubungi Syed Azmi untuk sekurang-kurangnya mendapatkan penjelasan dan jawapan berkenaan kritikan dan yang terbaru, ancaman bunuh serta tuduhan bahawa dia sebenarnya penganut Kristian juga gagal.

IWTTAD diadakan di kawasan terbuka di Central Park, One Utama di Petaling Jaya, Ahad lalu melibatkan program di mana orang ramai dibenarkan menyentuh anjing sebelum diajar cara sertu.

Daripada gambar-gambar yang dikongsikan, orang ramai yang beragama Islam bukan sahaja memegang anjing malahan memeluk dan membelai binatang yang dikategorikan sebagai najis dalam agama Islam menurut mazhab Imam Shafie.

Akibatnya, program ini mendapat kecaman dan kritikan hebat daripada tokoh agama yang mempersoalkan tujuan program sedangkan ia sama sekali bertentangan dengan tatasusila masyarakat Melayu yang beragama Islam. – MYNEWSHUB.CC

(Sentuh Anjing : Mufti Selangor Cakap Lain, MAIS Cakap Lain – KLIK)

Oleh : IBNU K 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori