Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

HSR Mampu Beri Kesan...

KUALA LUMPUR - Projek penting boleh melonjakkan pertumbuhan pengeluaran negara, peluang pekerjaan dan...

Teresa Tuntut RM30 Juta...

KUALA LUMPUR - Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim menuntut Pertubuhan Jaringan...

Suspek Kes Tetak Dan...

KUCHING - Suspek yang dipercayai menetak seorang lelaki lain sebelum membakar sebuah rumah...

Perpaduan UMNO Kedah Di...

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata perpaduan dan...

Penganjur Program ‘Sentuh Anjing’ Didakwa Kristian, Diugut Bunuh

Mungkin benar penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ kurang sensitif dengan hukum-hakam Mazhab Syafie yang dipegang umat Islam negara ini, namun tindakan sesetengah individu mengancam bunuh penganjur bukanlah satu tindakan bijak.

Malah kebanyakan komen berkaitan program ini dilihat tidak langsung meredakan keadaan tetapi ibarat mencurah minyak ke api.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider hari ini, ugutan bunuh kebanyakannya diterima di ruangan komen Facebook milik penceramah terkemuka, Ustaz Kazim Elias.

“Saya setuju dengan pandangan Ustaz dan saya rasa penganjur ni jenis buta hati dan cetek ugama dan suka merosakkan ugama dan patut direjam sampai mati,” demikian antara komen ditinggalkan.

Persoalannya, inikah moraliti yang diajarkan Islam?

Selain itu, ada pihak didapati menggelar penganjur sebagai anjing. Manakala salah satu komen agak melampau yang ditinggalkan, turut memberi cadangan supaya wanita-wanita bertudung yang hadir program tempoh hari ditanggalkan tudung mereka kerana kemungkinan terdapat salib terselindung di sebaliknya.

Begitu pun satu komen daripada pengguna FB di bawah agak berlainan apabila menegur bahawa respon rata-rata masyarakat terhadap program ini bukanlah cara sebenar yang dianjurkan Islam.

Untitled


Dalam pada itu, satu mesej menerusi aplikasi Whatsapp yang dikatakan dihantar Majlis Agama Islam Putrajaya mendakwa Syed Azmi sebenarnya seorang Kristian yang mahu menyebarkan dakyah Syiah dan menyamar sebagai ustaz selama setahun didapati telah tersebar luas.

Antara kandungan mesej tersebut berbunyi, “Dari sumber yang sahih, dia sudah membayar semua organisasi Melayu Islam yang ada di Malaysia agar rancangan berjalan dengan lancar. Tujuannya adalah ingin menyebarkan agama baru seperti Syiah tetapi beliau secara halus dan tidak menampakkan rancangan beliau.”

 

12

Difahamkan penganjur program ‘I Want To Touch A Dog’ Syed Azmi kini menghilangkan diri berikutan reaksi negatif yang diterima.

Walau apa pun, rasanya tak perlulah hingga mengugut untuk membunuh kerana negara ini masih ada undang-undang dan Islam tidak pernah mengajar umatnya supaya melampaui batas dalam apa hal sekali pun. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori