Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ringgit Susut Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini...

Dyana Sofya Dakwa Jadi...

KUALA LUMPUR - Pemimpin Melayu DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud mendakwa dirinya dijadikan...

Peniaga Uptown Danau Kota...

KUALA LUMPUR - Isu tapak Uptown Danau Kota yang diarah tutup pihak berkuasa...

PKS Perlu Teroka Permintaan...

KUALA SELANGOR - Lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) perlu meneroka permintaan...

Pengambilan Pekerja Asing Ditangguh – TPM

SAMARAHAN - Kerajaan Malaysia pada Jumaat mengumumkan penangguhan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber sehingga kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar tenaga kerja oleh pihak industri.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penangguhan itu juga membolehkan kerajaan meneliti semula keputusan berkaitan pembayaran levi dua kategori.

Beliau berkata, pihak kerajaan juga akan memberi tumpuan kepada program penggajian semula di samping meningkatkan penguatkuasaan supaya tidak ada lagi pekerja asing baharu dibawa masuk ke dalam negara.

“Pekerja asing yang didapati tidak ada memiliki dokumen atau sengaja tinggal lebih daripada tempoh dibenarkan, mereka akan ditangkap (dan) segera dihantar pulang ke negara asal,” tegas Ahmad Zahid lagi.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap mengumumkan perkara tersebut pada majlis ramah mesra bersama-sama dengan anggota pasukan tentera di Kem Muara Tuang, di sini pada Jumaat.

Baca: Gambar Wanita Sahut Cabaran 3D Zahid Tersebar

Juga: Parti PAS Akui Negara Memang Perlukan Buruh Asing

Lagi: Gaji Pekerja Asing RM5k Sebulan, Apa Kata Anda?

Menurut Ahmad Zahid, selaras dengan hasrat tersebut juga, tindakan tegas penguatkuasaan terhadap jutaan pekerja asing tanpa izin akan ditingkatkan secara besar-besaran dalam negara.


Beliau berkata adalah diharapkan rakyat khususnya kumpulan belia akan sahut seruan kerajaan untuk ambil alih tempat pekerja asing dan jadi sumber tenaga kerja utama negara melengkapkan pembangunan ekonomi negara.

Ini termasuk sektor yang disebut sebagai 3D iaitu dirty, difficult, dangerous yang amat tidak diminati golongan remaja lepasan sekolah kerana gaji ditawarkan begitu kecil dan suasana kerja tidak menarik.

“Penangguhan ini akan berjalan sehingga pihak kerajaan berpuas hati terhadap keperluan sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak industri selama ini,” jelas Ahmad Zahid lagi.

Lebih 1,000 anggota tentera menghadiri program ramah mesra itu, yang merupakan program pertama Ahmad Zahid dalam rangka lawatan kerja dua hari ke Sarawak bermula hari ini. – Bernama/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori