Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Bayi 15 Bulan Pamer...

BAYI ini baru berusia 15 bulan tetapi memiliki keberanian yang menakjubkan malah dia...

Mangsa Beruang Ketawa Tengok...

LEONARDO DiCaprio telah berjaya melakonkan watak sebagai mangsa serangan beruang dalam filem The...

Sherry Ibrahim Tak Sabar...

PELAKON Sherry Ibrahim mengakui perkara yang paling ditunggu-tunggu ketika sambutan Aidilfitri ialah kemeriahan...

PRU15: UPKO Tawan Semula...

KOTA KINABALU - Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) berjaya menawan semula kerusi tradisi...

Penceramah Jemputan Dakwa Tak Tahu Ada Acara Peluk, Cium Anjing

PENCERAMAH yang diundang dalam program kontroversi ‘I Want To Touch A Dog’ mendakwa tidak mengetahui ada aktiviti memeluk, mencium anjing pada acara tersebut.

Ustaz Mohd Iqbal Parjin,33, berkata, dia setuju mengambil bahagian dalam program tersebut selepas dijemput oleh penganjur Syed Azmi untuk mengisi slot ilmu, setelah mendapat tahu program berkenaan mendapat izin Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Memetik laporan The Rakyat Post, Ustaz Iqbal berkata dia telah menerangkan bahawa orang Islam tidak dibenarkan menyentuh anjing tanpa sebab yang perlu menerusi perkongsian ilmu pada hari berkenaan.

[BACA – Nik Aziz Sifatkan Peserta Program Sentuh Anjing Tak Berotak]

[BACA – Sentuh Anjing : Mufti Selangor Cakap Lain, MAIS Cakap Lain]

“Pada awalnya, penganjur program menjemput saya untuk mengisi slot ilmu.

“Saya memenuhi jemputan ini, dan telah menjelaskan kepada yang hadir mengenai hukum-hakam yang jelas menurut mazhab Syafie, seperti yang terdapat dalam fatwa JAKIM,” katanya dalam satu kenyataan.

Malah menurutnya, dia sendiri tidak menyangka penglibatannya menjurus kepada perkara tidak betul seolah-olah menyokong perbuatan memegang anjing dalam program berkenaan.

“Saya difahamkan bahawa tempat perkongsian ilmu diasingkan dari tempat anjing-anjing berkumpul.

“Saya akui yang saya terlepas pandang bahawa program ini boleh disalah tafsir malah diambil kesempatan oleh sesetengah pihak untuk menggalakkan masyarakat Melayu awam bermesra-mesra dengan anjing tanpa sebab.


“Saya tidak pernah terfikir perkara ini boleh berlaku seolah-olah saya yang menggalakkannya,” ujarnya lagi.

Tindakan Ustaz Iqbal yang terlibat secara langsung dengan program berkenaan pada Ahad lalu, mendapat kecaman ramai pihak khususnya orang Islam yang menganggap beliau menggalakkan aktiviti sebegitu.

Bagaimanapun, dalam ceramahnya pada hari tersebut, Ustaz Iqbal mendakwa dia telah menyentuh isu larangan memegang anjing tanpa sebab sebagaimana dalam rakaman klip di bawah:

http://www.youtube.com/watch?v=35BXQyaA9LY

Bagaimana pun menurut Ustaz Iqbal, dia bersyukur isu ‘pegang anjing’ tidak menjejaskan tugasnya sebagai pendakwah apabila dia masih sering dihubungi oleh masyarakat untuk bertanyakan lebih lanjut tentang Islam hingga ke hari ini. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori