Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Polis Tahan Lelaki Tempatan,...

KUNAK - Polis Kunak menahan seorang lelaki tempatan dan merampas 53.36 gram dadah...

Pemuda Acu Kapak Lepas...

VISUAL seorang lelaki bersenjatakan kapak cuba serang pasangan suami isteri di sebuah persimpangan...

Husni Enggan Ulas Dakwaan...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah enggan mengulas dakwaan skandal seks...

Tian Chua Ditahan Di...

BUTTERWORTH - Naib Presiden PKR Tian Chua ditahan polis di Seberang Jaya di...

Penari Patah Hidung Tetap Teruskan Tarian

Bertenang dan jangan takut, itu adalah pegangan seorang penari. Ekaterina Kondrashina, tetap meneruskan tarian dalam rancangan yang disiarkan secara langsung di Rusia meskipun hidung patah akibat terjatuh di atas pentas.

Ekaterina yang menyertai pertandingan ‘So You Think You Can Dance’ sedang mempamerkan gerak tari apabila dia terjatuh di atas pentas dengan mukanya terkena lantai.

Dia kemudiannya cuba bangun dan menyembunyikan darah yang mengalir dari hidungnya. Ketika itu salah seorang juri terkejut dan ketakutan namun wanita berusia 23 tahun ini menyambung tarian selama 30 saat lagi.

Selepas persembahan itu. Ekaterina berkata dia bernasib baik kerana tidak perlu melakukan pembedahan plastik pada hidungnya.


“Berapa kali anda jatuh tidak dikira tetapi apa yang penting ialah berapa kali anda memilih untuk bangun semula,’’ katanya yang menyertai pertandingan berkenaan bagi merebut wang tunai sebanyak £30,000 yang ditawarkan.

Ekaterina mahu membuka sekolah menari. Bagaimanapun tidak diketahui sama ada dia layak ke peringkat seterusnya atau tidak.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori