Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tasik Di USM Berpotensi...

GEORGE TOWN - Tasik Aman dan Tasik Harapan di Universiti Sains Malaysia (USM)...

Hishammuddin Sedia Pikul Tanggungjawab...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, yang hari ini dilantik sebagai...

Hubungi Bomba Gara-Gara ‘Steering...

SEORANG lelaki terpaksa mendapatkan khidmat bomba gara-gara gagal membuka 'steering lock' keretanya yang...

Video: Jambatan Bengkok, Kenapa...

Pengerusi Majlis Ahli Barisan Nasional, Tan Sri Shahrir Abdul Samad melihat isu jambatan...

Pelik.. Teh Ini Antilelaki Tapi Wanita Minum Panjang Umur

WASHINGTON DC – Kajian terbaharu saintis Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini berjaya menemui sejenis air teh herba tradisional yang mampu memanjangkan usia golongan wanita tetapi berbahaya kepada kaum Adam.

Dikenali sebagai chamomile (disebut kae-mea-mie), teh ini yang popular di Mexico dengan nama manzanilla, didapati membantu kaum Hawa hidup lebih lama dan menurunkan risiko kematian sehingga 29 peratus.

Bukan itu sahaja, teh daripada keluarga spesies bunga daisy ini amat digemari wanita negara Amerika Tengah itu untuk merawat demam panas, keradangan, kejang otot, gangguan haid, insomnia, ulser, gastrik dan buasir.

Chamomile yang bermaksud epal bumi dalam bahasa Greek kuno terbahagi kepada dua jenis iaitu baka liar Jerman disebut nama Latin, Matricaria chamomilla dan baka Inggeris-Roman dikenali Chamaemelum nobile.

Bagaimanapun kesan positif tersebut rupa-rupanya tidak berlaku kepada lelaki apabila penyelidik AS hairan mengapa sehingga sekarang teh chamomile itu hanya suka ‘bekerja’ pada satu jenis jantina manusia sahaja.


Ia hasil kajian intensif selama tujuh tahun terhadap 1,677 orang wanita dan lelaki Mexico yang sudah lama menetap di AS dengan turut meninjau kesan daripada peminuman teh chamomile ke atas corak kematian awal.
Menurut laporan akhbar tempatan, data penyelidikan itu menunjukkan bahawa amalan minum teh chamomile dapat menurunkan risiko kematian awal pada wanita – daripada segala jenis penyakit – sehingga 29 peratus.

 

Penyelidik turut menyesuaikan demografi, tahap kesihatan dan gaya hidup setiap peserta, namun tetap bingung air minuman ini memang tidak sesuai kepada golongan lelaki waima yang tiada masalah kesihatan serius.

Kepada wanita, teh chamomile dalam pada itu menurut kepercayaan masyarakat Mexico juga dapat menurunkan tahap kolesterol, amat kaya antioksidan, memiliki sifat antimikrob dan mempunyai kesan antikeradangan.

Penemuan menarik ini telah disiarkan secara online menerusi keluaran terbaharu makalah perubatan The Journals of Gerontology yang diterbitkan The Gerontological Society of America. – Agensi/H.A.AMREE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori