Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Ibu Habiskan RM100,000 Untuk...

PELIK tapi benar. Ibu mahu kelihatan seperti anak.Dengan rambut perang yang panjang dan...

Pelbagai Entiti Tunjuk Minat...

KUALA LUMPUR - Pelan Pemulihan MAS (MRP) terus menarik minat daripada pelbagai entiti...

Litar Antarabangsa Gong Badak...

KUALA TERENGGANU - Litar bertaraf antarabangsa yang dibina di perkarangan Stadium Sultan Mizan...

Perkhidmatan Bas Henti-Henti Di...

KANGAR - Perkhidmatan bas henti-henti yang sekian lama dinanti oleh rakyat Perlis mula...

Pelajar Mesir Berani Ajak Lim Kit Siang Peluk Islam

Seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir telah bersua muka dengan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan menyuarakan hasratnya untuk mengajak pemimpin berkenaan memeluk Islam.

Perlawaan tersebut dibuat ketika Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah bersama-sama Teresa Kok dan Zairil Khir Johari mengadakan perjumpaan bersama-sama penuntut Islam di sana, baru-baru ini.

Dalam satu entri di laman Facebooknya, pelajar berkenaan, Zaid Zainur Rashid berkongsi pengalamannya bertukar pandangan dengan Kit Siang sebelum menutarakan hasrat tersebut.

[Bila Lim Kit Siang Mengajar Tentang Prinsip Islam]

Untitled (3)
Kredit Facebook Milik Zaid Zainur Rashid

Ceritanya lanjut, setelah peserta lain berhenti berborak, dia kembali menyambungkan persoalan yang diajukannya kepada Lim Kit Siang.

Tulisnya, “…jika demikian, saya ingin mengajak anda untuk memeluk Islam.”

Pada mulanya, Kit Siang kurang jelas akan perlawaan tersebut dan bertanyakan Zaid sekali lagi. Namun setelah diulang, Kit Siang memberi responnya.

Untitled (4)
Kredit Facebook Milik Zaid Zainur Rashid

Terang Zaid lagi, walaupun dia cuba untuk meneruskan diskusi tersebut namun Lim Kit Siang terus berlalu pergi selepas mengucapkan ‘Apa-apapun, terima kasih atas perlawaan tersebut.”

Tak dinafikan, individu ini sememangnya berani mengajukan soalan tentang pandangan terhadap Islam kepada pemimpin bukan Islam.


Tambah membanggakan, dia turut melakukan dakwah apabila secara terang-terangan mengajak Kit Siang untuk memeluk Islam. Tahniah Zaid!

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: IZZAT MOHD ANUAR

(DI SEBALIK segala ini, apa yang lebih menarik perhatian ia kesungguhan Lim Kit Siang untuk melihat DAP menguasai negara ini sehingga sanggup ke Mesir untuk bertemu dengan pelajar-pelajar kita…. di mana pemimpin kerajaan?) 

Video Yang Mengatakan Lim Kit Siang Dihalau Ketika Berkempen

https://www.youtube.com/watch?v=l7uikl9jaY8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori