Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Amanah Serah Kepada Mahathir...

GEORGE TOWN - Parti Amanah Negara (Amanah) hari ini menyerahkan kepada Perdana Menteri,...

Annuar Musa Resah Prestasi...

KOTA BHARU - Penaja utama skuad The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar...

Selangor Dapat Tangguh Sementara...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Selangor...

Pasangan Kekasih Ditahan, Beri...

Iskandar Puteri: Sepasang kekasih ditahan polis selepas disyaki memberikan dadah kepada bayi lelaki...

Peguam Negara Pertahan Keputusan 1MDB Tak Salah

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara menegaskan bahawa syarikat milik kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak patut dipersalahkan dalam dakwaan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini kerana telah melalui proses yang dibenarkan.

Peguam Negara, Tan Seri Mohamed Apandi Ali berkata, BNM sepatutnya meminta maklumat itu sejak tahun 2009 lagi dan bukannya sekarang.

“Jika BNM tidak memohon maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB harus dipersalahkan apabila mereka telah mengisi borang dan menjawab soalan yang diperlukan? (Ketika permohonan dibuat),” soal Apandi dalam satu sidang media di pejabatnya, hari ini.

Apandi turut mendedahkan bahawa tiga kebenaran telah diperoleh oleh 1MDB daripada BNM untuk membuat kiriman wang pada 29 September 2009, 6 September 2010 dan 20 Mei 2011.

Katanya, BNM tidak mengambil masa lebih daripada tiga hari untuk memberikan keizinan terhadap ketiga-tiga permohonan itu.

Tambah beliau, semua borang berkaitan bagi kiriman wang dalam kes itu juga tidak memerlukan pemohon menyatakan nombor akaun bank dan benefisiari.


“Setakat 1MDB maklum, ia perlu mengisi borang berkaitan dan bertindak balas kepada pertanyaan oleh bank pusat.

“Jika BNM tidak meminta maklumat tertentu atau khusus, bagaimana 1MDB yang dipersalahkan sedangkan ia telah isi borang yang diperlukan dan beri maklum balas kepada pertanyaan yang dibuat,” katanya.

Menurut beliau, pegawai-pegawai 1MDB semasa proses mendapatkan kebenaran telah mematuhi arahan yang diberikan dan kelulusan bank pusat juga sudah diperoleh. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Sinar Harian

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori