Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

JPJ Keluar 72 Saman...

KUANTAN - Sebanyak 72 saman pelbagai kesalahan telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Ketua IPD Kubang Pasu...

KUBANG PASU - Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Abd Hadi Hassan meninggal...

Beri Kuasa Kepada Peguam...

KUALA LUMPUR - Pergerakan Wanita Umno memohon kerajaan memberi kuasa kepada Peguam Negara...

Remaja Suspek Langgar Anggota...

KUALA LUMPUR - Seorang remaja lelaki yang dipercayai menyebabkan seorang anggota polis trafik...

Peguam Buat Laporan Polis ‘Kebiadaban’ Malaysiakini

IBARAT kaduk naik junjung atau cacing jalar ke mata, kebiadaban portal berita propembangkang, Malaysiakini menyamakan titah Yang di-Pertuan Agong seumpama ajuk burung kakak tua memang tidak dapat dimaafkan.

Konon berselindung di sebalik prinsip hak kebebasan bersuara, laporan portal terkenal itu bertajuk ‘Kerajaan sediakan titah Agung, kata Kit Siang‘ pada 7 Mac dianggap sebagai amat kurang ajar dan memang tidak beretika.

Komen pemimpin ‘otai’ DAP itu merujuk kepada Titah Seri Paduka, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah baginda ketika merasmikan persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-13 di ibu negara pada Isnin.

Marah dengan laporan kurang ajar portal tanah air tersebut, seorang peguam tempatan, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur pada pagi 8 Mac.

Beliau yang hadir dengan ditemani beberapa rakannya ketika ditemui Mynewshub menyatakan bahawa laporan Malaysiakini itu nyata ada niat dan motif memperlekehkan institusi Yang di-Pertuan Agong yang amat dihormati.

peguam1
Peguambela & Peguamcara, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz

Biarpun portal tersebut melaporkan komen Kit Siang dan Presiden PAN, Mohamad Sabu, artikel itu sepatutnya tidak wajar disiarkan langsung kerana ia jelas berbentuk penghinaan terus kepada Seri Paduka Baginda sendiri.

“Ia boleh bawa maksud secara inuendo atau sindiran yang boleh difahami orang awam konon Yang di-Pertuan Agong hanya tahu ajuk suara orang tapi tak faham maksud suara diajukkan tersebut,” kata Mohd. Khairul Azam.

Pada masa sama, ulasan pemimpin pembangkang itu membawa mesej jahat konon Yang di-Pertuan Agong sebagai institusi lemah yang cuma membaca apa sahaja teks titah disediakan pihak kerajaan tanpa ada pemikiran sendiri.

Sebagai peguam, beliau melihat motif penyiaran artikel Malaysiakini itu sebagai cubaan memesong pemikiran rakyat konon titah Seri Paduka tidak perlu dipedulikan sesiapa kerana ia bukan disediakan oleh Baginda sendiri.

“Sebagai aktivis masyarakat, saya lihat berita ini jelas cenderung jadi kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 iaitu cubaan terang untuk memperlekeh Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara,” tambah Mohd. Khairul Azam.


Malaysiakini-Penipu

Justeru, beliau mengambil keputusan berani untuk buat laporan polis terhadap Kit Siang, Mohamad Sabu dan Malaysiakini agar pihak berkuasa segera menyiasat dan mendakwa mereka yang terlibat itu sebagai pengajaran.

Ini kerana ujar beliau lagi, pihak terbabit dilihat bebas sewenang-wenangnya menghina dan menghasut rakyat untuk perlekeh institusi beraja di negara berdaulat tanpa rasa bersalah hanya kerana sentmen antikerajaan.

“Dalam keghairahan berpolitik sesama rakyat, jangan sampai menghina Raja kami,” tegas Mohd. Khairul Azam mengulas kebiadapan Malaysiakini yang berterusan melaporkan berita sedemikian demi agenda sempit tertentu.

Sebelum ini, sebuah portal berita bebas, The Malaysian Insider disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia kerana menyiarkan laporan berbaur fitnah sehingga mencetuskan kegelisahan dalam kalangan rakyat.

Tindakan keras itu dibuat susulan banyak aduan daripada orang ramai yang marah dengan beberapa artikel palsu disiarkan portal tersebut memetik sumber entah daripada siapa dan didapati tidak benar. – Mynewshub.cc/HAA

Baca: Selepas TMI, Malaysiakini Juga Mungkin Ditutup?

Juga: SKMM Tegas Sekat Laman The Malaysian Insider

Lagi: Pemimpin PAS Dakwa Malaysian Insider Buat Fitnah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori