Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Penduduk Kuala Dulang Terima...

YAN - Penduduk Kampung Kuala Dulang yang kawasan rumah mereka terlibat dengan masalah...

MAHB Diarah Selesai Tunggakan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan mengarahkan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) supaya segera...

Salleh Man Perlu Jujur...

GEORGE TOWN - Ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Datuk Jahara...

Beberapa Kawasan Di Ibu...

KUALA LUMPUR – Hujan lebat lebih dua jam yang melanda ibu negara hari...

PDRM Gerak 2,610 Pegawai Dan Anggota Kawal Bersih 4

KUALA LUMPUR – Sejumlah 191 pegawai dan 2,419 anggota lain-lain pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan bagi mengawal perhimpunan Bersih 4 pada Ogos lepas.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata ia melibatkan kos keseluruhan yang diguna pakai sebanyak RM2.74 juta.

“Pihak polis telah membuat persiapan rapi bagi mengawal perhimpunan tersebut (supaya) tidak menimbulkan sebarang kekacauan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Loke Siew Fook (DAP-Seremban) yang ingin tahu jumlah anggota polis dan kos yang ditanggung PDRM dalam perhimpunan Bersih 4 dan Himpunan Rakyat Bersatu.

Bagi Himpunan Rakyat Bersatu pada September pula, Zahid berkata seramai 263 pegawai polis dan 3,648 anggota lain-lain pangkat terlibat mengawal perhimpunan itu dengan kos keseluruhan sebanyak RM4.5 juta.


Menurutnya, pasukan keselamatan berkenaan telah mengguna pakai semua elemen dalam PDRM yang terdiri daripada keanggotaan IPD Dang Wangi dan Cawangan Trafik.

Turut serta, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Gerakan Am, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Cawangan K9 JSJ dan lain-lain elemen yang diselia Ketua Polis Kuala Lumpur, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori