Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Keputusan SPM Ulangan 2017...

PUTRAJAYA - Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Ulangan 2017 akan dimumkan pada...

Khabib Tak Sabar Lawan...

MOSCOW - Juara bertahan lightweight UFC, Khabib Nurmagomedov membayangkan pertarungannya dengan Floyd Mayweather...

Kes Syed Saddiq Dipindah...

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini memindahkan kes Ahli Parlimen Muar Syed...

Kantoi… PH Sendiri Boikot...

TERBONGKAR... Ketika tanda pagar #UndiRosak kini trending dalam kalangan netizen tempatan, rupa-rupanya kempen...

Pasangan Suami Isteri Putih Mata ‘Hilang’ £35 Juta

AKIBAT masalah terjadi kepada sistem pembayaran atas talian, sepasang suami isteri di Fleetwood, Lancashire, England terpaksa ‘berputih mata’ apabila nombor ramalan dipilih mereka tidak dapat disahkan kesahihan pembayarannya.

Pada mulanya, pasangan Edwina, 55; dan suaminya David Nylan, 60; sangat teruja serta terkesima apabila nombor dipilih mereka 01-02-04-19-28-41 dipilih sebagai pemenang hadiah utama bernilai £35,410,340 (RM225,132,700).

Bukti yang menunjukkan mereka memilih nombor ini.
Bukti yang menunjukkan mereka memilih nombor ini.

Namun segala ‘mimpi indah’ ini berubah sekelip mata apabila pihak Camelot (syarikat loteri terkenal di England), menyatakan bahawa transaksi yang dilakukan oleh pasangan ini sebagai tidak sah.

Edwina menceritakan kepada pihak media tempatan bahawa dia dan suami telah melakukan transaksi atas talian bernilai £2 (RM12.72) dan memilih nombor berkenaan.

Bagaimanapun pasangan itu dimaklumkan bahawa baki dalam akaun telefon mereka tidak mencukupi, lantas kedua-duanya terus menambah nilai akaun mereka bagi membeli nombor ini.

Setelah berjaya melakukan proses tambah nilai, mereka berhasil mendapatkan nombor ini, tetapi selepas nombor ini diumumkan sebagai pemenang, pihak Camelot menyatakan mereka tiada menerima sebarang transaksi daripada Edwina dan suaminya.


Walau bagaimanapun, mungkin ada sinar harapan buat pasangan ini kerana pihak Camelot akan melakukan siasatan dengan pihak IT jabatan mereka.

Ini bagi menyemak semula segala transaksi atas talian pada tarikh pasangan ini membeli nombor berkenaan. – MYNEWSHUBCC

Sumber: Metro UK

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=yXLWDJphA9E&w=560&h=315]

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori