Audio: Panggilan Suara Dari ‘Mat Bangla’ Peminat Ustaz Kazim

PENDAKWAH terkenal Datuk Mohamad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim sememangnya seorang tokoh motivasi yang sangat disukai ramai.

Gaya penyampaian ceramahnya yang berbentuk santai dan kerap diselitkan lawak jenaka spontan berjaya mencuit hati kebanyakan pendengar.

Sebut bab pendengar, rupa-rupanya bukan rakyat Malaysia sahaja yang meminati ceramah beliau, malah warga asing yang tinggal di negara kita pun amat meminati ceramah disampaikannya.

Melalui sebuah rakaman perbualan yang dimuat naik di Fan Page Facebook Ustaz Kazim Elias, anda boleh mendengar sendiri keterujaan pendengar warga asing terbabit.

Pendengar tersebut yang merupakan warga Bangladesh, menyifatkan gaya penyampaian Ustaz Kazim sangat berkesan dan mudah difahami oleh semua golongan masyarakat.

Jom kita dengar..

https://www.youtube.com/watch?v=L7d_XsMoq0o&feature=youtu.be

Inilah yang dikatakan penceramah serba boleh yang boleh dijadikan contoh kepada semua.

– MYNEWSHUB.CC

Sumber: Facebook Ustaz Mohd Kazim Elias

Oleh: hzqahmd

Loading...