Rotan Anak Boleh Jika Ikut Ajaran Islam, Begini Caranya..

KUALA LUMPUR – Cadangan menjadikan perbuatan merotan anak sebagai satu kesalahan jenayah di negara ini mendapat bantahan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM).

Presidennya, Musa Awang menganggap undang-undang itu jika dilaksanakan sekadar memenuhi agenda barat yang mahu melahirkan institusi keluarga yang lemah dalam kalangan masyarakat Islam.

Sehubungan itu beliau menyenaraikan panduan dan tunjuk ajar Islam dalam cara memukul anak untuk tujuan mendidik seperti berikut:

(i) Pukulan tersebut adalah pukulan ringan dan mendidik. Tidak melebihi tiga kali.

(ii) Rotan yang digunakan mestilah tidak terlalu keras, tidak pula terlalu lembut, basah dan lembab sehingga boleh meninggalkan bekas dan kerosakan yang teruk pada kulit.

(iii) Memukul di tempat yang berbeza, bukan pada satu tempat sahaja.

(iv) Tempat dibenarkan memukul: semua anggota badan kecuali kemaluan, muka serta seluruh kepala. Sebahagian ulama’ salaf mencadangkan agar
dirotak di tapak tangan dan kaki.

(v) Memanjangkan tempoh rotan pertama dengan yang seterusnya.

(vi) Tidak mengangkat tangan sehingga boleh kelihatan ketiaknya.

(vii) Tidak sampai mencederakan atau mendera anak.

-MYNEWSHUB.CC

Loading...