Friday, April 26, 2024

Creating liberating content

Dr. Shahrom Lapor Polis...

SHAH ALAM - Bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi Hospital Canselor Tuanku...

Pencipta Lampin Pakai Buang,...

PENCIPTA pertama produk lampin pakai buang, Valeri Hunter-Gordon disahkan telah meninggal dunia pada...

Promosi Hebat! Tawan Taiwan...

HI everyone! Ingin melancong? Inginkan percutian bersama keluarga yang santai? Tak tahu destinasi...

Asyraf Wajdi Berdepan 3...

PASIR PUTEH - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi...

Pandangan Brunei Tentang Program “I Want To Touch A Dog”

Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei telah mengemukakan penegasan dan nasihat kepada rakyatnya baru-baru ini berikutan dengan program “I Want To Touch A Dog” melalui sebuah kenyataan bertulis.

Dalam kenyataan tersebut, rakyatnya digesa supaya tidak perlu terikut-ikut dengan sebarang acara atau program yang bercanggah dengan hukum syarak’, amalan beragama, kepentingan awam, keharmonian beragama, tatasusila, kesopanan umum serta sensitiviti umat Islam di Brunei.

Sebagai salah satu makhluk Allah, Islam tidak memandang keji haiwan seperti anjing. Islam meletakan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ ini namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Ia seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Kenyataan rasmi sebegini meredakan kegusaran dan kerisauan rakyat Brunei tentang perihal yang berlaku di Malaysia.

Kenyataan ini juga bagi mengelakkan cubaan melakukan program yang sama di Brunei.

 


i-want-to-touch-a-dog-622x415

Penganjur program “I Want To Touch A Dog”, Syed Azmi Alhabshi telah mengakui terdapat kelemahan dalam acara berkenaan sehingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

Anda boleh membaca berkenaan dengan pemohonan maaf saudara Syed Azmi di sini.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori