Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Wanita Separuh Bogel Kempen...

INILAH kempen keselamatan jalan raya paling pelik dilakukan di dunia, iaitu dengan menggunakan...

Emma Stone, Andrew Garfield...

PASANGAN pelakon Emma Stone dan Andrew Garfield mencipta sensasi terbaharu apabila mereka dikatakan...

Sampel Buangan Berbahaya Di...

DUNGUN : Sampel sisa industri berjadual yang dibuang di kawasan Perindustrian Paka di...

Suami Pulang Kerja Isteri...

SEORANG suami yang baru pulang dari tempat kerjanya terkejut apabila melihat isterinya tengah...

Padah Fanatik Drama Korea Penyebab Mata Buta

PERINGATAN untuk semua peminat drama atau artis Korea, serta seangkatan dengannya, agar tidak habis masa yang lama untuk menonton drama-drama Korea terutamanya yang sinonim dengan puluhan episode sekali gus.

Kecenderungan untuk menatap skrin laptop atau sebarang alat elektronik yang mengeluarkan cahaya pada selang waktu yang lama boleh membuatkan mata anda langsung menjadi buta.

Seorang wanita tempatan di Nanjing, China dilaporkan hampir buta selepas menonton drama bersiri Korea selama 18 jam tanpa henti baru-baru ini, menurut laporan media negara tersebut.

too_much_tv

Remaja berusia 20 tahun itu pergi ke hospital pada Isnin lalu selepas mengalami sakit mata teruk menyebabkan mata beliau menjadi merah secara tiba-tiba selain turut mengalami sakit kepala dan penglihatan yang kabur.


Wanita malang itu disahkan mengalami masalah glukoma yang kritikal sehingga boleh menyebabkan penglihatan beliau terus menjadi buta, menurut laporan akhbar Daily China.

Pesakit berkenaan mengalami kondisi sedemikian setelah tidak makan dan tidur tetapi menghabiskan masanya dengan menonton siri Korea kegemarannya Cheese in The Trap dan Descendents of the Sun. –MYNEWSHUB.CC

[youtube https://www.youtube.com/watch?v=62MxsPXojs4]

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori