Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Elak Babak Peluk, Farah...

BAGI sesetengah pelakon, mereka mungkin akan melakukan apa sahaja demi memberi gambaran jelas...

Laris Jual Air ‘Hot...

APABILA sebut tentang makanan atau minuman, sudah tentu ia sesuatu yang mengujakan untuk...

Gempa Tasikmalaya, Penduduk Panik...

JAKARTA - Gempa bumi berukuran 6.9 pada skala Richter menggegarkan Tasikmalaya, kira-kira 260...

APMM Kukuh Kawalan Melalui...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan memperkukuh kawalan perairan negara...

Padah Eksploit SPRM, Bukit Aman Panggil Ketua Editor TMI

KURANG AJAR DAN BIADAP… Mungkin itulah gambaran boleh dikatakan kepada portal berita propembangkang The Malaysian Insider (TMI) selepas angkuh bangga apabila ia boleh dilayari setelah beberapa jam disekat.

Ramai netizen tempatan dilaporkan ‘geleng kepala’ apabila Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan TMI disekat lewat petang Khamis ekoran satu artikel berbaur fitnah sebelum ini.

Pihak SKMM hanya sebut tindakan itu kerana TMI menyiarkan artikel yang menjurus kepada kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang dipercayai ada kaitan dengan laporan berita palsu Majlis Raja-raja.

Ironi, laman TMI kemudian boleh dilayari dan lebih dahsyat, mungkin bagi memalukan pihak kerajaan, portal itu menyiarkan berita konon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan ‘tangkap’ Perdana Menteri.

TMI mendakwa mereka mendapat sumber dalaman SPRM yang mendedahkan ada ‘cukup bukti’ untuk dakwa Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu 1MDB dan dana RM2.6 bilion sumbangan almarhum Raja Arab Saudi.

Artikel bersumberkan ‘entah mana-mana’ itu kemudian segera dinafikan Pengerusi Panel Penilaian Operasi SPRM, Tan Sri Hamid Bugo dalam kenyataan rasmi beberapa jam selepas TMI memviralkan berita fitnah itu.

Ramai dikatakan terkejut dengan berita TMI tersebut dan mungkin pihak editorial TMI menyangka SPRM tiada akan mengeluarkan sebarang kenyataan media selepas tamat waktu pejabat bagi menafikan laporan berkenaan.

Terbukti TMI patut malu besar kerana berita penafian SPRM itu dikeluarkan seawal jam 8 malam menerusi semua siaran media massa prokerajaan termasuk stesen televisyen, radio dan portal agensi berita rasmi Bernama.

Sikap tidak bertanggungjawab TMI yang sudah sampai ke tahap melampau itu akhirnya menyaksikan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan ketua editor portal itu dipanggil ke Bukit Aman pagi Jumaat.

Beliau bagaimanapun hanya menyatakan bahawa tindakan normal tersebut untuk membantu siasatan polis mengenai laporan TMI yang mengelirukan orang ramai apabila memetik sumber panel penilaian operasi SPRM.

Khalid memberitahu demikian menerusi laman Twitter beliau pada Jumaat dan ramai netizen melihat situasi itu sebagai susulan laporan TMI yang cuba eksploitasi nama SPRM selepas portal tersebut bebas sekatan SKMM.

Kesimpulannya modus operandi TMI ibarat memang senang hidup, cetus apa-apa sahaja berita sensasi yang main hentam petik konon dari sumber yang didakwa dari orang dalam sehingga kena tindakan sekatan oleh SKMM.

Ingatkan sudah insaf dengan hukuman sementara itu, namun TMI bertindak sensasi lagi dan kemudian timbul macam-macam persepsi termasuk konon kerajaan hendak ‘tutup belang’ dengan bertindak zalim terhadap media.

Walhal lihatlah implikasi berita palsu oleh portal itu. Rupa-rupanya selama ini jelas berita ‘temberang’ sahaja konon berita tersebut tidak akan berani disiarkan media prokerajaan yang takut ‘periuk nasi’ kerjaya terjejas.

Sekalipun SKMM hanya sebut tindakan itu kerana TMI mengeluarkan kandungan yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 233, ramai percaya langkah SKMM tersebut merujuk laporan palsu portal tersebut.

Menurut kenyataan tegas pihak SKMM pada petang Khamis: “Sehubungan itu, SKMM mengingatkan portal-portal berita agar tidak menyebarkan atau menyiarkan artikel-artikel yang jelas tidak ditentukan kesahihannya.

“Tindakan sedemikian boleh mengundang kekeliruan dan mencetuskan situasi yang tidak diingini,” kata SKMM yang menyatakan sekatan ke atas TMI dibuat berdasarkan aduan dan maklumat diterima daripada orang ramai.


Sekadar renungan, cuba bayangkan bagaimanakah perasaan anggota panel penilaian SPRM yang tidak tentu pasal nama mereka dikaitkan pula dengan berita TMI yang mengandungi dakwaan serius terhadap Perdana Menteri itu.

BERIKUT IALAH KENYATAAN PENUH SPRM:

“We, the undersigned, being the Chairman and two members of the Operations Review Panel (“Panel”) which advises the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), expressly distance ourselves from the contents of the news report entitled “Enough proof to charge Najib over SRC, says MACC oversight committee” (“the Article”) published by The Malaysian Insider earlier today.

We note that the Article cites an anonymous panel member as the source of various statements attributed to the Panel.

We wish to state that no anonymous source is authorised to speak for and on behalf of the Panel under any circumstances. In any event, we hereby expressly disassociate ourselves from all such statements attributed to the anonymous source.

We further wish to add that Panel did not at any time say that it had “enough proof to charge Najib over SRC” as claimed by the title of the Article, or that “there is credible evidence to frame charges against Datuk Seri Najib Razak”.

The Panel also did not conclude that “The MACC investigators had collected sufficient evidence to prove a prima facie case against Najib.”

However, the Panel advised the MACC to complete their investigation.

We would also like to refer to the Press Statement issued by MACC yesterday that stated that “The MACC was requested by ORP to issue public statement on these issues”.

We wish to state that we made no such request of the MACC. It is however up to the MACC if it wishes to issue any statement.”

Signed

Tan Sri Hamid Bugo, Chairman

Tan Sri Mohamed Jawhar Hassan, Member

25/2/2016

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori