Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Victoria Beckham Tak Akan...

VICTORIA Beckham tidak akan menyertai reunion Spice Girls sempena ulang tahun ke-20 kumpulan...

Guru ‘Sengal’ Utus 36...

KARACHI – Begitu kejam wanita ini, sanggup dia menghantar 36 pelajar perempuan di...

Belanjawan 2020 ‘Komunis’ Dan...

PETALING JAYA - Dewan Rakyat kecoh apabila Ahli Parlimen Arau, Shahidan Kassim menyifatkan...

Jerebu Cecah IPU 500...

BEIJING - Ibu negara China terus diselubungi kabus asap atau jerebu yang tebal...

Orang Putih Keluar Pakai Kain Pelikat Dipuji ‘So Cool’.. Tapi Kita?

SEPERTI semua maklum, pemakaian kain pelikat sememangnya cukup sinonim dalam kalangan masyarakat Melayu di Malaysia baik terhadap lelaki mahupun kepada wanita.

Tapi anehnya, meskipun ianya amat popular dan digemari, pemakaian kain pelikat ini hanya tertumpu ketika bersantai di dalam rumah dan ketika bersolat di masjid atau surau.

Senang cakap, pakai kain pelikat ketika keluar berjalan-jalan pusat beli-belah atau tempat-tempat ekslusif yang seangkatan dengannya kelihatan janggal, pelik dan tak sesuai.

Lebih kejam, ada yang dalam diam mencemuh dengan melabelkan orang Melayu itu yang mengenakan kain pelikat ketika berada di luar sebagai ‘so kampung’, selekeh’ , ketinggalan zaman dan bermacam-macam lagi.

Tapi, bila nampak masyarakat luar seperti orang putih mengenakan kain pelikat ketika melancong dan berjalan-jalan di Malaysia habis semua pujian keluar kononnya ia ‘so cool’ dan ‘awesome’.

11737857_10154396525394572_4721940921148210709_n

Buktinya, gambar mat salleh memakai kain pelikat yang ketika berada di Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini menjadi viral di media sosial.


Tidak dinafikan, timbul sedikit perasaan bangga apabila nampak masyarakat luar mengenakan pakaian tradisi ini namun entah mengapa berbeza pula pandangan bila masyarakat kita mengenakannya.

Tak percaya, cuba sekali jalankan eksperimen keluar memakai kain pelikat dan lihat bagaimana reaksi masyarakat yang memandang anda.

Makanya, mentaliti dan pemikirian masyarakat Malaysia tentang pemakaian kain pelikat ini perlulah diubah kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang boleh mengangkat keindahan tradisi Melayu. Betul tak? – MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

https://www.youtube.com/watch?v=MWUCN3oAaCQ

  • Lagi berita berkaitan:
  • kain

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori