Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

2 Kematian, 87 Sembuh,...

DUA kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis...

Ibu Menipu Sakit? Sufi...

APA pula sambungan kes macam Malin Kundang yang semakin hangat diperkatakan semenjak dua...

Rindu Bayi Pada Ibunya...

TERSENTUH hati kami tatkala membaca luahan seorang lelaki mengenai  bayi yang tidur nyenyak...

Jumlah Mangsa Banjir Di...

IPOH - Jumlah mangsa banjir di Perak pagi ini berkurangan kepada 282 orang...

Obama Baru Ada Akaun Facebook Rasmi Milik Sendiri

WASHINGTON DC – Meskipun hanya baki setahun lagi menjadi presiden, pemimpin Amerika Syarikat, Barack Obama akhirnya mengikuti jejak banyak pemimpin dunia lainnya dengan membuka satu akaun Facebook peribadi.

Jurucakap pejabat White House di sini pada Isnin mengumumkan secara rasmi laman sosial Facebook yang pertama untuk kegunaan Obama sendiri di luar daripada urusan rasmi iaitu menerusi https://www.facebook.com/potus.

Dalam posting pertamanya Obama menyatakan ingin menjadikan laman itu “tempat kita dapat berdiskusi nyata tentang isu penting yang dihadapi negara, tempat untuk dengar langsung dari saya, dan tempat orang bertukar fikiran dan cerita.”

Baca: Obama Ada Akaun Rasmi Twitter Presiden AS

Obama menerusi jejaring tersebut yang ada lebih satu bilion pengguna itu, turut memuat naik video tentang pentingnya mengambil langkah tegas dalam mengatasi perubahan iklim, menjelang persidangan kemuncak PBB di Paris akhir bulan ini.

“Kita telah mencapai banyak kemajuan untuk menangani pencemaran karbon di dalam negara dan kita memimpin dunia untuk turut ikut mengambil tindakan. Tetapi kita harus melakukan lebih banyak lagi usaha,” kata Obama.

“Oleh kerana kepemimpinan AS sendiri, 150 negara yang mewakili 90 peratus kuasa ekonomi dunia dan pelepasan karbon telah bersepakat untuk bekerjasama lebih rapat dengan membentuk sebuah kerangka taraf internasional.”


Stesen penyiaran antarabangsa AS, Voice of America melaporkan, satu jam kemudian, mesej pertama Obama itu telah mendapat lebih daripada 4,000 tanda like dan sudah pun dikongsikan oleh lebih 1,800 kali di seluruh dunia.

Obama pernah menceritakan beliau dilarang memiliki telefon pintar waima model biasa mengandungi fungsi rakaman atas sebab-sebab keselamatan termasuk diintip musuh kecuali jenama Blackberry yang direka khas.

Pada awal Mei lalu, White House mengumumkan presiden itu memiliki satu akaun rasmi Twitter yang bernama @POTUS  sebagai alternatif kepada @WhiteHouse dan @BarackObama. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori