Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kenderaan TPM, AG Keluar...

KUALA LUMPUR - Empat kenderaan dipercayai membawa menteri Kabinet keluar dari kawasan kediaman...

Mangsa Terakhir Kejadian Bot...

TANJONG KARANG - Mayat mangsa ketujuh kejadian bot karam kira-kira dua batu nautika...

Perutusan Pelik PM Rai...

“SESUNGGUHNYA Allah SWT ada 99 nama. 100 kurang 1.” Dari hadis Nabi SAW...

Lelaki Hilang, Disyaki Dibaham...

Malang memang tak berbau! Penduduk rumah panjang di Kem Siang Trading terkejut apabila...

NUFAM! Jika Tak Suka MAS, Cari ‘Airliner’ Lain

SEKALI lagi TAHNIAH! buat Kesatuan Anak-Anak Kabin Kebangsaan (NUFAM) yang sanggup membongkarkan kelemahan Malaysian Airlines System (MAS) apabila mendakwa gaji kakitangan syarikat itu adalah paling rendah di rantau Asia tenggara.
 
Pendedahan itu mungkin ada kebenarannya dan tentunya salah satu sebab kenapa NUFAM beria-ria mengkritik pelan pemulihan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) kononnya ’menzalimi’ 6,000 staf MAS yang akan dibuang kerja tidak lama lagi.
 
Pada NUFAM, biarlah kekal semua 20,000 pekerja, tetapi pelik mereka masih guna formula MAS sebelum ini: asalkan bayar gaji kecil dengan kurang waktu jam bekerja termasuk jangan buang 6,000 pekerja yang gagal terpilih menyertai MAS versi NewCo itu.
 
Entah apakah niat sebenar, NUFAM yang tidak pernah diiktiraf pengurusan MAS ’pertikai’ pelan penstrukturan semula syarikat itu konon MAS sanggup memberhentikan 6,000 staf demi membayar gaji sekelompok kecil pihak pengurusan tinggi syarikat.
 
Anehnya jika benar gaji kakitangan MAS paling kecil di rantau ASEAN, NUFAM tidak peduli pula nasib keseluruhan staf MAS jika katakanlah Khazanah tetap kekal 20,000 pekerja sedia ada tanpa buang 6,000 staf itu, namun masih dengan gaji lama RM10 sejam.
 
Kadar gaji RM10 sejam ini dikatakan sendiri Presiden NUFAM, Ismail Nasaruddin walhal beliau terlupa sebagai ketua kesatuan, sepatutnya seru 6,000 pekerja tidak terpilih menjadi staf perintis MAS NewCo agar cepat-cepat berhenti kerja dan cari tempat lain.
Gambar hiasan
Dalam dunia realiti, dengan gaji ’ciput’ itu, kakitangan yang mahu jaminan pendapatan besar pasti ’cabut lari’ menyertai banyak syarikat penerbangan tempatan seperti AirAsia dan Malindo Air demi meraih tawaran pendapatan lebih lumayan berbanding MAS sendiri.
 
Atau jika sanggup hijrah jauh, ada banyak lagi kekosongan menunggu mereka menerusi syarikat udara luar negara terkenal yang sedia ’offer’ lebih mewah seperti British Airways, Emirates, Japan Airlines, Thai Airways selain jiran kita, Singapore Airlines.
 
Mudah kata, jika betul NUFAM prihatin terhadap nasib MAS, minta 6,000 pekerja itu jangan lagi kerja dengan MAS yang hanya mampu bagi gaji amat rendah dan kini ’nazak’ seumpama pesakit tenat dalam ICU sehingga terpaksa diselamatkan Khazanah.
 
Kita tidak boleh menyamakan MAS zaman datuk nenek kita dahulu dengan era cucu cicit masa ini apatah lagi pihak MAS beberapa kali terpaksa jual asetnya sendiri demi kelangsungan hidup tetapi pihak kesatuan masih tidak sedar realiti bisnes penerbangan global.
 
Hakikatnya, jika pihak pengurusan MAS dan Khazanah asyik tunduk kepada tuntutan NUFAM dan kesatuan-kesatuan lain, nasib syarikat itu dijangka lagi teruk dan mungkin muflis lebih cepat namun, adakah ini yang mahu dilihat mereka apabila MAS langsung lingkup?
 

Cerita asalnya cukup jelas, MAS versi baharu atau disebut juga NewCo betul-betul menutup kisah lama untuk membuka ’buku’ baharu dan ini bermakna ia seolah-olah seumpama kedai yang baharu sahaja dibuka serta memerlukan sejumlah pekerja baharu.

Bezanya di sini, MAS yang lama sudah pun memiliki pekerja sedia ada terlatih berpengalaman, jadi MAS NewCo tidak perlu ’menghabiskan masa’ membuat temuduga pengambilan pekerja baharu, tetapi jumlah kakitangan MAS versi lama pula amat ramai.

Justeru, pemilihan terpaksa dibuat secara berperingkat terhadap kesemua 20,000 kakitangan MAS selaras kepada model perniagaan baharu yang secara realistik buat permulaan hanya memerlukan 14,000 pekerja untuk beroperasi secara optimum.

Hakikanya, NUFAM dan kesatuan sekerja MAS lain perlu sedar bahawa pekerjaan mereka dengan MAS bukan hak mutlak keistimewaan mereka, malah sebagai staf, mereka masih tertakluk kepada kontrak dan keperluan model perniagaan MAS.


Jika MAS NewCo hanya perlu 14,000 pekerja, kenapa syarikat itu harus pula kekal kesemua 20,000 pekerja? Tambahan pula, sekadar rekod, NUFAM tidak pernah diiktiraf oleh pihak pengurusan MAS sejak sekian lama.

Malah NUFAM sendiri ditentang Malaysia Airlines System Employees’ Union Peninsular Malaysia (MASEU). Ini bermakna kesatuan itu tidak berhak masuk campur hal ehwal dalaman berkaitan MAS. Jadi kenapakah perlu memporak-perandakan MAS? – MYNEWSHUB

  

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori