Nik Aziz Khuatir DAP Rosakkan Akidah Umat Islam

KUALA LUMPUR – Bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah melahirkan kebimbangannya tentang kerjasama PAS dengan DAP bakal merosakkan akidah ahli parti itu.

Beliau sewaktu memegang Ketua Dewan Ulama PAS Pusat bimbang ada pimimpin dan ahli PAS yang mula membelakangkan dasar Islam PAS kerana terpengaruh dengan agenda tersembunyi DAP disebabkan kerjasama itu.

“Dalam satu kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS pada 14 Februari 1981, bahawa beliau menentang cadangan kerjasama PAS-DAP kerana boleh menggugat akidah ahli PAS ekoran dasar sekular yang antinegara Islam menjadi dasar DAP.

“Nik Abdul Aziz mahu memastikan pengikut PAS tidak terpesong daripada aqidah Islam kerana perbuatan tunduk kepada parti yang menentang Islam akan memberi kesan terhadap kemurnian akidah,” kata PAS Pusat melalui artikelnya bertajuk Hari Ini Dalam Sejarah PAS.

Menurut artikel itu, isu kerjasama dengan DAP itu berbangkit ekoran kenyataan Yang Dipertua PAS, Datuk Mohd. Asri Muda pada 29 Januari 1981 berkait mengenai strategi PAS untuk bekerjasama dengan DAP.

Kata artikel berkenaan, cadangan Yang Dipertua PAS tersebut telah ditentang hebat oleh ahli-ahli PAS di Terengganu dan Kelantan di bawah pimpinan Nik Abdul Aziz ketika itu.

“Hasil kajian ilmiah ulama PAS telah menggariskan tiga sebab yang merosakan aqidah dalam politik, termasuk memisahkan agama dengan kehidupan atau sekular,” kata artikel itu. – Mynewshub.cc

[wpdevart_youtube]vnEQGrCSBdg[/wpdevart_youtube]