Nenek Usia 140 Tahun Terima Cabaran RM3.6 Juta

Purwakarta (Indonesia) – Warga emas dianggarkan berusia 140 tahun digelar Nenek Anami dimasukkan namanya untuk pertandingan orang tertua dunia anjuran jutawan Russia Moldove Dmitry Kaminskiy yang menawarkan hadiah AS$1 juta (RM3.6 juta) bagi pemenangnya.

Nenek Anami mengakui sudah bersiap sedia namun, tidak membuat sebarang perubahan atau persiapan khas bagi acara itu termasuk tidak berpantang makan.

“Dari dulu pun saya tidak pernah berpantang makan. Apa saja yang ada saya makan,” katanya.

Anaknya Mimin berkata, semua kos bagi membiayai Nenek Anami ke pertandingan itu ditanggung kerajaan tempatan Purwakarta selepas mereka sekeluarga menemui Pemangku Raja Purwakarta, Dedi Mulyadi, menyatakan hasrat warga emas itu.

Nenek Anami penduduk asal Purwakarta yang pernah merasakan zaman penjajahan Belanda dan Jepun. Sepanjang hidupnya dia pernah berkahwin empat kali dan dikurniakan sembilan anak, 25 cucu, 47 cicit malah, kini keluarganya menjangkau keturunan sepanjang lima generasi. – Agensi/myMetro Online

Loading...