Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

23% Bayi Mati Akibat...

Islamabad - Seramai 23 peratus bayi meninggal dunia dalam tempoh sebulan pertama selepas...

Asfan Diugut Bunuh Gara-Gara...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memakai pakaian ranggi rekaan Meg atau nama Instagramnya, @meggoth...

Gadis Webcam Puaskan Nafsu...

Seorang gadis webcam yang kerjanya hanya memuaskan nafsu fantasi lelaki selama lapan jam...

Kawasan Tanah Gambut Terbakar...

SEPANG - Tanah gambut seluas kira-kira 800 meter persegi berhampiran Kilometer 27.4 Lebuhraya...

Nenek Mahu Pampasan Selepas Dilanggar Kereta Mainan

HANYA dilanggar sebuah kereta mainan tetapi reaksi wanita ini begitu keterlaluan, seolah-olah dilanggar oleh kereta sebenar.

Kejadian berlaku di Changde, China, apabila wanita itu dilanggar kereta mainan yang dipandu oleh seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun.

Wanita itu kemudiannya duduk di depan kereta itu dan sambil disaksikan oleh ibu bapa kanak-kanak terbabit serta orang ramai, dia telah mengamuk.

Dia mahu menuntut wang pampasan dengan alasan kereta itu dipandu dengan laju tanpa lesen di kaki lima.

Pada masa sama kanak-kanak perempuan itu kelihatan terpinga-pinga.

Video kejadian itu telah dirakamkan dan selepas dimuat naik dalam media sosial, pelbagai reaksi diterima dengan ada yang melahirkan simpati kepada wanita berkenaan dengan alasan dia cedera.


Tidak kurang pula yang menyifatkan wanita itu hanya menipu semata-mata mahu mendapatkan wang.

Tidak diketahui bagaimana kejadian itu berakhir dan sama ada wanita terbabit menerima pampasan daripada ibu kanak-kanak terbabit atau tidak. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • nenek

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori