Nenek Berusia 65 Tahun Hamil Anak Kembar Empat

SELEPAS beberapa kali cuba untuk mengandung melalui kaedah persenyawaan luar rahim, seorang wanita berusia 65 tahun, Annegret Raugnik, akhirnya hamil dengan anak kembar empat.

Dalam satu sesi temuramah bersama saluran televisyen di German, Annegret yang sudah pun mempunyai 13 anak dan 7 cucu berkata, dia mengandung lagi kerana anak bongsunya yang berusia 9 tahun mahukan adik lelaki atau perempuan.

annegret-raunigk1

Annegret yang merupakan seorang guru Bahasa Rusia dan Bahasa Inggeris di sebuah sekolah rendah di Berlin memberitahu dia tidak takut untuk mengandung kerana apa yang penting adalah dia perlu sentiasa sihat dan cergas.

Bayi dalam kandungannya itu dijangka akan dilahirkan sekitar Ogos ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYFQAKHIR

Loading...